BAB 2

Horror & Thriller Completed 2445

Dia sudah biasa tinggal sorang-sorang di rumah sebelum ini dan tiada apa perkara pelik pun yang berlaku.

Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam.

Nadrah memandang ke kiri dan kanan rumah dan kelihatan beberapa rumah yang sudah gelap gelit, tiada cahaya pun yang menyala.

“Boleh tahan awal orang kat sini ni tidur, malam masih muda kot?” getus hati Nadrah.

Saat sedang menanggalkan kasut di hadapan pintu, Nadrah Terpandang anak jirannya yang berusia 11 tahun masih berada di luar rumah sedang menantikan kepulangan ibubapanya barangkali.

Nadrah melirik ke arah ruang parkir yang masih kosong menandakan kedua ibu bapa kanak-kanak itu masih belum pulang dari kerja.

Timbul rasa simpati di hati Nadrah mengenangkan kanak-kanak itu keseorangan di rumah.

Sempat kanak-kanak yang bernama Adib itu menegurnya.

“Kakak Nad baru balik ke? “tegur Adib , kanak-kanak comel brtubuh montel yang memang peramah dengan sesiapapun.

Nadrah tersenyun dan mengangguk perlahan kepalanya tanda menjawab pertanyaan Adib itu.

Tubuhnya terlalu letih dan saat ini hanya terbayangkan katil dan bantal sahaja, tiada masa langsung untk berbual walau sebentar dengan Adib.

“Kak Nad, anak saudara akak asyik nangis je dari tadi siang.

Baby tu sakit ke?” tanya Adib lagi sengaja memancing Nadrah untuk berborak dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience