BAB 3

Romance Completed 3425

Ainul menanti suaminya dengan perasaan rindu yang menebal. Hanya 3
hari Raihan pergi, namun terasa seperti seribu tahun lamanya Ainul
memendam rindu.

“Assalammualaikum ya habibti....”

Ainul segera menerpa ke arah pintu. Raihan berdiri memandangnya
dengan senyuman.

“Waalaikumussalam ya habibi.” Ainul menjawab sebelum tangan
suaminya digapai dan dikucup.

Raihan mengucup dahi Ainul lantas isterinya itu dipeluk erat.

“Abang rindukan Ainul...” bisik Raihan perlahan ke telinga Ainul.

Ainul tersenyum sendiri, tidak menyangka Raihan meluahkan
kerinduannya sebelum sempat Ainul berbuat demikian.

“Ainul pun rindukan abang sangat-sangat.”

“Ainul tahu, abang terasa sangat ketiadaan Ainul. Abang tak senang
duduk, rasa terseksa di jiwa abang saat kita berjauhan. Setiap hari
abang rasa nak segera pulang bertemu Ainul. ” Raihan meluahkan isi hatinya.

“Kalau macam tu, jangan berjauhan dari Ainul lagi. Ainul tak kisah
mengikut abang ke mana saja asalkan dapat berada di sisi abang.”

“InsyaAllah sayang.”

Ainul tersenyum bahagia. Tubuh suaminya itu didakap erat. Hatinya
dipenuhi rasa bahagia, mahu saja dia menghentikan waktu agar perasaan
ini kan kekal dalam hatinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan
sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah
kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya
(pada Hari Akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

Raihan terdiam usai membacakan tafsiran ayat itu pada Ainul
selepas solat maghrib. Wajahnya kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

“Kenapa abang?”

Raihan tersenyum memandang Ainul. “Abang teringin nak bertemu
Allah di akhirat nanti. ”

Ainul terdiam, memang itu harapan setiap muslim yang beriman.
Ainul juga mengharapkan sedemikian.

“InsyaAllah abang, Ainul yakin abang mampu bertemu Allah di
akhirat kelak. Abang dah menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang
muslim dengan sebaik-baiknya. Abang dah menjadi seorang suami yang
terbaik yang ingin dimiliki setiap wanita. Ainul rasa bertuah sangat
sebab memiliki abang.”

Raihan merenung Ainul, terharu dengan kata-kata isterinya.

“Abang juga harap, di akhirat kelak, Ainul akan tetap menjadi
isteri abang.”

Ainul tersenyum, terharu dengan kata-kata itu.

“Ainul juga mengharapkan perkara yang sama. Ainul berjanji untuk
menjadi isteri abang sampai syurga.”

“Terima kasih sayang.” Ucap Raihan sambil mengucup dahi Ainul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience