BAB 1

Romance Completed 3425

Ainul Mardhiah melabuhkan diri di atas katil. Inai yang merah
dijarinya direnung penuh makna. Dia masih tidak percaya bahawa hari ini
dia secara sahnya menjadi isteri kepada Raihan Shauqi, insan yang
dikenali saat pengajiannya di Jordan dahulu. Mereka tidak pernah
bercinta tetapi di saling mengerti bahawa dalam di dalam hati mereka,
ada cinta yang berputik tanpa dipaksa. Tamat saja pengajian mereka,
Raihan segera bertemu ayah dan ibu Ainul untuk meminta persetujuan untuk
menyunting dirinya sebagai isteri.

Walaupun pada mulanya ibu menghalang kerana mereka baru habis
belajar dan masih belum bekerja, namun Raihan bijak mengungkapkan surah
Annur ayat 32 yang bermaksud:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan
kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya
kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi
kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas
(Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui “

Ibu tersenyum namun mensyaratkan supaya Raihan bekerja dulu
sebelum masuk meminang Ainul. Hari ini, Raihan sudah bergelar seorang
Pegawai Hal Ehwal Islam manakala Ainul pula mula mengajar di salah
sebuah sekolah agama di kawasan tersebut.

Ainul teringat bagaimana dulu Raihan selalu curi-curi memandangnya
saat di universiti, walaupun ada getaran dalam hati Ainul, namun dia
hanya bisa mendiamkan diri kerana Ainul percaya pada jodoh, sampailah
suatu saat, Raihan berani menegurnya lantas tanpa berselindung, meminta
untuk berkawan dengannya dan berjanji akan menyuntingnya seusai
pengajian mereka di Jordan. Ainul hanya tersenyum dan berdoa moga ada
jodoh antara mereka. Hari ini dia rasa terlalu bahagia kerana doanya
dimakbulkan Allah, Raihan Shauqi telah sah menjadi suaminya.

“Assalammualaikum.” Sapaan lembut itu mengejutkan Ainul, tuntas
dia menoleh. Suaminya sedang tersenyum di depan pintu.

“Ainul fikirkan abang ya?” soalan yang terbit dari mulut Raihan
membuatkan wajah Ainul merona merah. Memang itulah yang sedang
difikirkannya seketika tadi. Ainul memandang raut wajah itu walaupun ada
segan yang masih menghuni hatinya. Wajah itu bersih, matanya yang jernih
memandang Ainul dengan senyuman tak lekang dari bibir. Perlahan Raihan
mendekatkan diri pada isterinya.

Raihan duduk di sebelah Ainul, matanya tak lepas dari memandang
isterinya itu. Tangan Ainul dipegang erat, mata Raihan mula berkaca.

“Eh, abang ok ke?” Ainul tergamam melihat wajah Raihan. Ada titis
jernih yang mengalir di pipinya. Raihan tersenyum, air matanya diseka.

“Tak ada apa-apa sayang, abang cuma terlalu gembira. Akhirnya
bidadari impian abang kini menjadi milik abang. Ainul tahu tak, abang
rasa sangat bertuah.”

Ainul terkesima, terharu dengan kata-kata itu. Air matanya perlahan
menitis tapi pantas jemari Raihan menyeka air mata itu. wajah Ainul
dikucup perlahan lantas isterinya itu dipeluk erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience