BAB 6

Romance Completed 3425

Wajah Raihan dipandang sayu, Raihan memandang kembali wajah Ainul
dengan senyuman yang sukar untuk diukir.

“Maafkan abang sayang.”

Ainul memandang Raihan kehairanan.

“Abang minta maaf untuk apa? Abang tak buat salah pun pada Ainul.”
Ucap Ainul dalam esak tangis.

“Abang tak mampu nak menemani Ainul lebih lama lagi. Abang tak
mampu bahagiakan Ainul dan menemani Ainul hingga tua. Maafkan abang
sayang.” Raihan bersuara, air mata perlahan mengalir dari pipinya.

“Hingga saat ini, sudah terlalu banyak kebahagiaan yang abang
berikan pada Ainul. Ainul sangat bersyukur kerana Allah kurniakan
seorang suami sesempurna abang. Tiada apa lagi yang Ainul inginkan
kerana segalanya Ainul telah dapat dengan memiliki abang. Jika Allah
menjemput abang pergi, Ainul tak rasa terkilan sebab Ainul dah merasakan
saat paling bahagia dalam hidup Ainul saat bersama abang.”

Raihan tersenyum. “Terima kasih Ainul. Abang sangat mencintai sayang.”

Perlahan Raihan menutup matanya.

Sudah 3 hari Raihan tidak sedarkan diri, dia hanya terbaring kaku
di atas katilnya dan dibantu dengan alat penyambung hayat.

“Suami puan sudah tidak mampu diselamatkan lagi, hampir keseluruhan
organ dalam badannya sudah dijangkiti bakteria itu. Saya yakin suami
puan mampu mendengar. Saya nasihatkan puan supaya lepaskanlah dia pergi
dengan aman.” Kata-kata doktor itu ditelan Ainul dengan perit.

Perlahan Ainul mendekati tubuh suaminya. Mulutnya dirapatkan ke
telinga suaminya sebelum dia berbisik dalam esak tangis.

“Abang, jika abang tak mampu pergi, kerana risaukan Ainul,
janganlah abang khuatir, nyawa baru di dalam tubuh Ainul ini akan
melindungi Ainul, pewaris abang ini akan Ainul didik sebaik abang.” Ucap
Ainul sambil mengusap perutnya, meluahkan perkhabaran gembira yang tak
mampu diluahkan sebelum ini dek kerana kerisauannya pada kesihatan Raihan.

“Ainul berjanji, Ainul akan menjadi isteri abang di syurga kelak.
InsyaAllah. Tunggu Ainul di sana ya. Ilalliqa’!” ucap Ainul sebelum
melafazkan syahadah di telinga suaminya dengan harapan suaminya akan
mengikut di dalam hati.

Perlahan terdengar desahan nafas Raihan yang berombak sebelum
nafas itu sepi. Tiada lagi denyutan nadi. Air mata Ainul kian laju
merembes di pipinya.

Wajah suaminya direnung dalam-dalam, sebelum wajah itu dikucup
perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience