BAB 4

Romance Completed 3425

Ainul terjaga dari tidur malam itu, matanya digosok perlahan
sambil memandang ke arah suaminya. Raihan masih belum tidur. Matanya
asyik memandang Ainul.

“Abang, abang belum tidur?” Ainul bertanya seraya bingkas duduk.

Raihan tersenyum. Wajah mulus isterinya diusap perlahan. Wajah itu
begitu menenangkan jiwanya hingga dia merasakan setiap kedukaan dalam
hatinya telah hilang.

“Abang tak boleh tidur. Abang rasa nak tengok wajah Ainul je
sepanjang hari. Abang rasa bahagia sangat sebab memiliki sayang. ”

Ainul dapat merasakan cinta yang mendalam dalam diri Raihan
buatnya. Tangan Raihan digapai lantas dikucup lembut.

“Terima kasih abang, kerana memberikan Ainul kebahagiaan yang
terlalu banyak. Ainul cintakan abang.”

Raihan tergamam. Wajah isterinya direnung dalam-dalam.

“Terima kasih sayang, abang cintakan Ainul lebih dari Ainul
cintakan abang.”

Wajah Ainul dikucup perlahan.

“Ainul tidurlah, mata abang belum mengantuk.”

Ainul mengangguk sebelum memejamkan matanya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience