BAB 7

Romance Completed 6190

“Kerana aku tak nak kau tak menerima aku kerana perkara ini. Aku cintakan kau !”

Alice pun mulai menangis dan tenggelam dalam essakan tangis yang tidak berlagu, seakan juga tak percaya penyakit ini begitu pantas merebak padanya.

Alice takut perkara ini akan menganggu hubungan kami berdua. Semua ini mulanya memang mebuatku sangat terkejut. Aku tak menyangka dia menghidap penyakit ini. Tetapi aku berusaha tegar, aku menyayangi Alice, walaupun apapun keadaan dia. Aku berusaha menenangkannya, sambil berkata pada Alice,

“Siapa juga yang nak tinggalkan kau, walau tahu kau punya penyakit seperti ini. Aku tak akan pernah tinggalkan kau walau apapun terjadi. Aku setia padajanji kita berdua. Ayo kita pulang! Kau tak usah khawatir, mulai sekarang aku akan menjaga kau, selalu ada di sampingmu. Aku akan cuti beberapa bulan, sampai kau benar-benar sembuh.” Aku memeluk Alice, yang saat itu masih belum boleh menghentikan tangisannya. Aku peluk dia, belaian jiwaku, dengan penuh rasa sayang, sebagai suami-isteri yang saling mencintai dan aku akan jaga dia selayaknya seperti seorang suami.

Kami berdua pun akhirnya pulang dengan suasana yang agak hening mencengkam kerana masih terkejut berita yang baru saja diterima doktor. Doktor pun menyaranku Alice untuk tidak banyak melakukan kegiatan dan banyak berehat saja di bilik.

Ia disarankan untuk jalan pagi selama sejam untuk menghirup udara segar, dan menghindari makan-makanan yang kering serta berminyak. Kata doktor setidaknya itu mungkin boleh menghalang virus merebak terus ke paru-parunya.

Tapi ironinya ia tidak membantu sama sekali. Beberapa bulan kemudian, penyakit Alice makin parah. Hampir tiap hari, ia selalu batuk berdarah. Hingga pada satu malam, sakitnya yang mencapai kemuncaknya. Diaa batuk berdarah lebih banyak dari biasanya, sampai badannya lemah tak berdaya.

Aku begitu panik dan ketakutan, lantas, segera kubawa dia ke hospital. Dia sempat pengsan beberapa kali sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Petugas hospital membawanya ke ruang ICU kerana kondisinya memang sudah krititkal. Aku menunggu di luar dengan perasaan berkecamuk dan ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience