BAB 8

Romance Completed 6190

Sekujur tubuhku mandi peluh kerana aku tidak boleh tenang saat itu, melihat keadaan Alice yang semakin parah.

Aku berdoa pada Tuhan supaya tiada lagi perkara buruk menimpa Alice, berdoag agar kondisinya cepat pulih dan stabil. Beberapa jam kemudian Doktor pun keluar, dan aku segera bertanyakan perkembangan keadaan Alicee.

“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya,?”

“Maaf encik. Keadaan isteri encik kini berada dalam keadaan kritikal. Sebahagian besar paru-parunya sudah dijangkiti virus. Sekarang yang boleh kita lakukan hanyalah berharap virus itu berhenti merebak secara mendadak apalagi dalam keadaan tubuh pesakit yang lemah.”

“Jadi, maksud doktor, isteri saya kemungkinan besar tidak dapat diselamatkan?”

“Saya sebenarnya tidak sanggup berkata begitu, tetapi kemungkinan besar ya. Maaf kami sudah melakukan segala yang terdaya.”

Aku benar-benar tergamam setengah mati mendengar kata-kata doktor. Hakikatnya adalah masa Alice di dunia ini semakin suntuk bagai bom jangan waktu yang bila-bila mas asaja akan meletus.

Kenapa? Kenapa secepat ini? Ini tidak adil bagiku. Baru sahaja kami mematri janji setia bersama selamanya. Tapi, kini semuanya berubah. Penyakit itu menjadi dalang parrasit dalam hubungan kami.

Perlahan-lahan aku masuk ke dalam bilik ICU. Dia sedang tertidur lena. Wajah cantiknya yang dulunya menawan itu, kini berubah menjadi cengkung dan pucat.

Aku sungguh tidak sanggup melihatnya, melihat belaian jiwaku itu, terbaring lemas, bertarung dengan nak t yang sedang menghampirinya. Aku meneteskan air mata, sambil menghampirinya, di samping tempat tidurnya.

“Boris ?” kata Alice yang tiba-tiba terbangun kerana merasakan kehadiranku.

“Eh, sayang, dah bangun, bagaimana keadaan sayang?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience