BAB 12

Romance Completed 6190

Aku dan Clarice beredar pergi dari makam Alice. Kami bergegas menuju ke kereta yang ku letakkan di depan puntu gerbang tanah perkuburan itu.

“berbahagialah sayang.. Aku mencintai sayang dan Clarice dan akan sentiasa bersama..”

Tak semena-mena aku mendengar bisikan suara seorang wanita muncul dari arah belakang. Dalam samar-samar itu aku dapat melihat kelibat seorang wanita cantik, berdiri di atas kubur Alice.

Wajah yang terihat biasa dan aku rindui, ya tidak salah lagi. Itu bayangan Alice. Dia melambaikan tangannya ke arahku sambil tersenyum manis. Wajah cantiknya, berseri-seri.

Seolah-olah dia gembira berada di alam sana, memberitahuku bahawa dia sedang berbahagia di syurga Aku tak mampu menahan perasaanku yang bahagia bercampur sedih, untuk kesekian kalinya aku menangis lagi. Melihat kelibat bayangan wanita yang kucintai.

Aku melambaikan tangannku seakan membalas lambaian tangannya. Perlahan bayangan Alice mulai lesap dari pandangan mataku.

Selamat tinggal cinta hati, belaian jiwaku, semoga kita bertemu lagi di syurga nan abadi. Aku berharap kau bahagia selalu di sana. Aku dan anak kita di sini akan selalu merindukanmu dan akan baik-baik saja.

Tenang wahai dewiku, aku akan selalu menyayangi anak kita dan menjaganya, seperti yang pernah aku lakukan padamu dulu. Aku akan membahagiakannya. Kami pasti akan selalu bahagia di sini, usah risau sayang.

Terima kasih Alice, kau telah membuat hidupku bahagia, dapat bertemu dengan wanita sempurna seperti dirimu adalah impian setiap lelaki dan aku bertuah dapat merasainya.

Aku tidak pernah akan melupakan semua momen-momen indah yang kita jalani bersama. Terima kasih, terima kasih sayang. Kau akan tetap selalu menjadi, sang belaian jiwaku selalu untuk selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience