BAB 10

Romance Completed 6190

Aku pun lalu bergegas ke luar sambil mencurahkan sekolam deraian air mata, meninggalkan ruangan itu agar Alice boleh berehat dan tidak dapat melihat kesediahanku.

Tidur, berehat.. Ya, berehat untuk selamanya, kerana esok harinya, Alice telah tiada. Doktor mengatakan paru-parunya sudah merebak secara menyeluruh. Sel-sel pernafasannya hancur.

Dia menghembuskan nafas terakhirnya di pagi hari itu. Belaian jiwaku itu telah pergi dari dunia yang fana ini, meninggalkanku bersama kenangannya yang indah pernah tercipta.

Ketika kami mengulang lagi kalimah cinta kami pada awal pertemuan, sungguh ku tak ku duga itulah percakapan kami juga yang terakhir di dunia ini. Dan kini dia telah pergi, meninggalkanku, untuk selama-lamanya…

Hari ini Genap lima tahun pemeregian Alice, dan di sini aku mengingat kembali segala kenanganku di masa lalu bersama belaian jiwaku.

Air mata berlinangan dari tubir mataku, sambil aku mengenang semula segala nostalgia di masa laluku yang indah bersama belaian jiwaku itu.

Penyesalanku masih ada, dan tak tahu sampai bila akan hilang. Dan kini terjawablah sudah kenapa sehingga ke saat ini aku masih membujang aka menduda.

“Papa!” Lamunanku terhenti dek suara seorang gadis kecil yang memanggilku dari belakang.

“Eh, sayang, dah pulang..” sahutku sambil menoleh ke arahnya

“Papa nangis ke?” tanya gadis kecil itu

“Taklah, tadi ada habuk masuk mata papa,” kataku sambil mengusap air mata.

Ya, Gadis kecil itu adalah Clarice, zuriatku dengan Alice. Aku terlupa untukceritakan yang Clarice lahir beberapa bulan sebelum Alice meninggal dunia dan disebabkan factor itu jugalah, dek kerana keadaan tubuh Alice yang lemah selepas melahirkan Clarice menjadikan virus itu merebak dengan cepat. Clarice ku hantar ke rumah kedua orang tuaku untukn dijaga sementara aku menjaga dan menemani Alice sewaktu dia sedang dirawat di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience