Weekend ni pergi mana?”
Redza kejar langkah El yang laju sahaja menapak ke arah keretanya. Hari ini dia teman Encik Nazim ke tapak pembinaan. Saja nak tengok dan belajar apa yang ada di sana. Tak sangka pula Encik Emir Redza ini pun ada. Kalau tahu memang taklah dia nak ikut. Baik lepak office layan si budak Julia tu lagi syok.
Macam mana la dia boleh lupa yang Redza project manager untuk project ni. Kalau dia tahu memang taklah dia nak tunjuk muka kat sini. Tak pasal-pasal kena kejar dari site sampai ke tempat letak kereta semata-mata nak tanya. Weekend ni pergi mana?
Redza tanggal topi dikepala. Panas terik tak menghalang dia untuk mengejar wanita ini. Sejak tragedi di tepi jalan kampung Baru tempoh hari hingga kini El sentiasa mengelak setiap kali dia dan gadis ini bertembung di pejabat.
“Pergi mana? Hm..”
Pintu kereta ditahanya apabila El nak menutup pintu kereta.
“Sibuk nak tahu mana I pergi dah kenapa?”
“I saja tanya. Mana tahu you tak ada plan. Boleh ikut I weekend ni.”
Baju kemeja lengan panjang sudah basah dek peluh. Redza sisip lengan kemeja hingga melepasi siku. Peluh yang meniti di dahi dikesatnya selamba depan El. Nampak jelas aura kelakian Redza saat dia sisip rambut ke belakang. Hari ini rambut Encik Redza kita ada macam ala ala k-pop. Ini mesti kes tak sempat nak wex rambut .
“I ada plan. Kalau tak ada plan sekali pun.. I takkanlah ikut you. Dah tepi.”
“Betul ni tak nak ikut?”
“Tak nak!”
Badan Redza ditolaknya seraya sedaya-upaya menarik pintu tetapi masih tetap ditahan oleh tangan sasa Emir Redza.
“Ikut I jom?”
“Boleh tepi tak tangan tu?” El malas nak layan. Malas nak ulang jawapan yang sama.
“Ooookay.. Jangan sampai kita bertembung sudah weekend ni..”
“Eeeee...Malam ni I nak buat doa banyak-banyak supaya weekend I tak hancur sebab you.”
Redza tersenyum kecil melihat wajah merah Elena. Marah ke panas tu?
“I gurau je. Tengok muka you mencuka je dari tadi. PMS eh?”
El ketap gigi terus kaki diangkat.
“Ini PMS kau!
Kaki Redza disepaknya kasar. Cepat-cepat dia tutup pintu kereta. Redza sedang terhinjut-hinjut menahan sakit dek sepakkan padu dari Elena. Padan muka! Sempat dia jelir lidah sebelum kereta bergerak meninggalkan Redza.
Kereta perlahan bergerak meninggal Redza sempat El perhatikan Redza melalui cermin pandang belakang. Dan perlahan senyuman nipis terukir dibibirnya tanpa dia sedar.
“Susah betul Paksu nak dapat berbual dengan Emir, kan?” Redza sekadar tayang senyuman nipisnya. Silap langkah pula dia, sepatutnya lepas Elena pergi dia pun harus angkat kaki jugak. Kan tak pasal-pasal kena angkut dengan Encik Nazim.
Ini kalau Elena Sofea tahu status dia di Putra Holding agak-agak budak tu meroyan tak?
“Yelah… Jumpa kat pejabat pun asyik sibuk dengan kerja tak sempat nak berbual panjang.” Redza berbasa-basi. Mata tak habis meratah ruang café yang cantik dengan dekorasi yang sangat ringkas. Sebenarnya dia bukan nak sangat pun meratah sekitar café ini cuma tak nak mata dia dan Encik Nazim bertembung.
“Okay ke kerja dengan Megah?”
“Alhamdulilah...”
“Asyik sibuk majukan company orang lain bila nak tolong company sendiri pula?”
Redza hanya balas dengan bahu dijungkitnya. Bila cakap tentang Putra Holding dia lebih suka kunci mulut. Jawapannya tetap sama dan tak akan ada yang mampu mengubahnya. Dia sudah memilih jalan hidupnya sendiri. Bukan mahu buang keluarga sendiri tapi ini yang terbaik.
Redza sedar apa yang dia buat dulu telah melukakan dan memecah-belahkan ahli keluarganya sendiri. Malah, dia sedar dia bukanlah seorang abang yang terbaik. Dia bukan seorang abang yang patut dicontohi.
Tapi, dia sendiri tiada pilihan.
Dia muak hidup bersama manusia yang tamak. Dia muak hidup dengan mereka yang hanya mahu ambil kesempatan pada kemewahan orang lain. Dia rela hidup sebatang kara.
“Emir? Tok Mak dah tak ada dah Mir. Sampai bila Mir nak lari dari semua ni? Kalau dulu Paksu faham kenapa Mir tak nak semua ni tapi sekarang Tok Mak dah tak ada. Takkan Mir masih nak berdendam? Mir abaikan Putra Holding. Mir abaikan adik-adik Mir.”
“Mir tak pernah abaikan siapa-siapalah Paksu. Masing-masing pun dah besar. Diaorang pun pandai menilai apa yang jadi dulu. Lagipun, Putra bukan hak Mir sorang je. Emir dah tinggalkan semuanya pada Muhamad dan Anna. Mir tak nak satu pun.”
“Tapi Mir…”
“Sebab harta Tok Mak sampai sanggup Mama buat sampai Mama mati. Papa meninggal dunia sebabkan orang dengki dengan kemewahan dan kejayaan yang arwah Papa capai. Kalau sebab harta manusia ni sanggup jadi pembunuh.. Mir lagi rela hidup susah.”
Luah dia penuh perasaan. Nak marah lebih-lebih dah tak ada untungnya sebab arwah pun dah tak ada. Dia sendiri pun sudah maafkan tapi masih mencuba untuk melupakan apa yang pernah arwah Tok Mak lakukan pada dia sekeluarga.
Encik Nazim hanya mampu geleng kepala. Susah untuk dia faham jiwa Emir Redza. Jiwa yang sentiasa mahu hidup berdikari tetapi dibebani dengan tanggungjawap dan amanat.
“Mir... Apa pun Putra Holding milik Mir.. Mir menindakkan macam mana pun tetap juga tak boleh ubah nama Mir dalam amanat arwah Papa dan Mama Mir. Paksu ni cuba menjaga harta korang. Paksu jalankan amanat yang arwah nak..”
“Muhamad nak balik dahkan? Mir setuju dia ambilalih Putra.” Laju Redza mencelah. Dia tak suka berbicara soal Putra Holding dan segala aset yang ditinggalkan untuk dia dan adik-adiknya. Redza sudah berikan segalanya kepada Muhamad dan Anna, itu yang pasti.
“Habis Emir macam mana?”
“Mir happy dengan life Mir sekarang ni Paksu.”
“Adik-adik?”
“Mir ada je contact Anna dengan Muhamad. Paksu jangan risaulah. Mir ni rasa bersyukur sebab dapat adik-adik yang faham Mir. Ikutkan Anna nak ikut jejak Mir tapi Mir halang sebab Mir tak nak dia rasa terpaksa. Dia ada hak untuk pilih apa yang dia nak. Mir yang suruh dia pergi belajar dan lepas je dia habis belajar Mir memang nak dia yang ambilalih Putra. Ikutkan dia nak Paksu yang usahakan tapi dah amanat arwah Papa dan Mama nak kami adik-beradik yang usahakan.. Tengoklah.. kalau hati Mir rasa nak masuk Putra. Mir sendiri akan datang.”
“Baguslah kalau korang adik-beradik dah plan macam tu. Paksu bukan apa tak nak kau orang pula yang bergaduh adik-beradik.”
“Kami tak pernah lagi bergaduh pasal harta ni. Paksu pun tahukan?”
“Paksu cuma risau.”
“Kami ni yang kena terima kasih dengan Paksu sebab Paksu banyak tolong kami. Tolong jagakan Putra Holding dengan baik. Ikutkan kami adik-beradik memang nak Paksu je yang jadi CEO.”
“Mana boleh macam gitu. Hak kau orang semua ni. Paksu cuma tolong jagakan je..”
“Tapi.. satu jelah Mir nak minta tolong kat Paksu, Boleh?”
“Apa dia?”
“Kalau boleh Paksu jangan bagitahu sesiapa yang Mir ni ada kena-mengena dengan Putra Holding. Mir tak naklah nanti orang fikir bebukan sebab orang luar bukan tahu pun cerita sebenarnya pasal keluarga kita.”
“Terutamanya dari orang Megah Berhad?” Encik Nazim angkat kening. Redza angkat kepala perlahan.
Paling penting tak nak sampai ke pengetahuan Elena. Dia tak nak sampai El rasa tak selesa bila tahu pemilik Putra Holding adalah Emir Redza. Lelaki yang diletakkan sebagai musuh ketat. Bukan Redza tak nampak betapa Gadis itu sangat selesa bekerja di Putra Holding.
Redza merasakan belum waktu yang sesuai untuk dia mempersembahkan dirinya yang sebenar pada El. Lagipun, buat masa ini dia masih berusaha untuk mendekati wanita yang nampak begitu sukar didekati. Ingatkan selepas insiden di Kampung Baru tempoh hari. Hubungan dia dan El akan semakin membaik tapi Redza silap.
Elena Sofea masih tetap seperti dulu. Wanita yang sukar didekati.
Share this novel