BAB3

Romance Series 681

Kira kes kau dengan Mr.Red dah settlelah ni?”

“Settle apanya? lepas je aku keluar dari opis Kak long terus jumpa dengan Mamat tu. Aku dah cakap dia depan Kak long bukan main lembut pijak semut pun aku rasa semut tu tak sempat nak mati. Tapi belakang Kak long... Masyallah Sister..” El tak sambung kata-katanya hanya sekadar geleng kepala.

Iman tergelak mendengar. Tergelak bila dengar part 'Masyallah Sister' keluar dari mulut sahabatnya

Dari mana entah dapat ayat cenggitu.

“Kau pun sama jugak. Depan Kak long mesti kau behave teruk?”

El telan liur. Behave ke? Tak adalah.

“Dahlah .. Nak makan.”

Pinggan yang sudah siap diseduk nasi dihulur. Jaga Elena Sofea tak susah mana pun. Jaga makan dan pakai dia. Report every single things yang dia buat pada Mem'besar. Gaji tetap jugak tahap orang kerja bank. Rezeki sungguh!

Tapi, Iman tak pandang sangat gaji yang di offer oleh Pemilik syarikat Megah Berhad itu. Tapi dia sendiri yang memilih untuk tinggal bersama sahabatnya di rumah teres dua tingkat yang disewakan kepada Elena oleh Tuan rumah berbangsa cina yang sekarang sedang menetap di Singapura.

Pelik dengan sikap sahabatnya yang satu itu. Nadiah suruh tinggal di rumah banglo mewah nun kat Bukit Antarabangsa tapi rumah teres dua tingkat di Selayang Baru ini jugak yang dia mahukan.

Katanya nak berdikari. Nak hidup berdikari konon! Makan minum orang lain jugak yang sediakan. Sajalah tu tak nak duduk serumah dengan Kak long yang sentiasa ringan mulut memberi ceramah tak berbayar.

Macam mana tak ceramah? Kalau dapat adik yang kerasa kepala dan susah dengar cakap ni? Suruh sambung degree, tak nak. Bila suruh kerja dengan Megah Berhad banyak pulak alasan. Ini datang lagi satu penyakit gatal, gatal nak kahwin!

“Kau dah cakap dengan Kak long ke pasal kau dengan Muhamad tu?”

“Aku bagi hint sikit-sikit je. Tak berani nak straight to the point. Kau macam tak kenal dengan perangai kak long.. Kak long suruh aku pergi kerja kat Putra Holding jadi PA Uncle Nazim.”

“Okeylah tu. Kau macam mana?”

“Terpaksa juga cakap okey. Tengok Kak long bukan main beria nak aku kerja. Aku ni bukan degil sangat sampai tak nak dengar sepatah pun apa yang Kakak dia cakap..”

“Cari pengalaman kerja. Nanti kau dah kahwin kau tak dapat merasa benda-benda tu semua. Waktu anak dara nilah kau kena cuba semua yang kau nak cuba. Nanti dah kahwin kerja kau untuk jaga makan minum laki kau”.”

“Kau kalau bercakap tak keluar aura kak long tak sahkan?”

Iman senyum senget.

“Your sister pay me. So, aku kenalah jalankan kerja aku.”

“Yes but.. Kau tu kawan baik aku. Aku yang ajak kau tinggal serumah dengan aku. Bukan sebab kak long bayar kau ke apa. Memang sebab aku nak kau tinggal dengan aku..”.

“Ya aku tahu tu. Tapi ... Aku sokong dengan Kak long. Baik kau kerja dengan Uncle Nazim kau tu. Sementara kau menunggu Muhamad balik KL.”

“Should I?” Hatinya sudah berbelah bahagi. Nak kerja ke? Uncle Nazim tu dia memang dah kenal lama dah. Rasanya tak ada masalah jika dia berkerja dengan Uncle Nazim kesayangan.

Tapi haruslah tanya buah hati dulu. Mana tahu Muhamad ada idea lagi boek dari ini. Dalam kepala Elena duk fikir apa je idea paling boek dari Muhamad selain ajak kahwin? Elena tersengih. Makin tak sabar pula nak kahwin.

Usai menunaikan solat Isyak sebentar tadi dia terus merebahkan badan ke atas katil empuk. Mata dipejamnya rapat, bibir mengukir senyum tanpa sebab. Malah, saat mata terpejam bayang si gadis gangster mula muncul disegenap ruang pandangnya.

Kali ini senyuman Emir Redza makin lebar. Dada mula berombak tidak mengikut rentak. Kali pertama bertemu sudah cukup dia meletakkan gadis itu di tempat yang istimewa. Tempat yang sama diletakkan beberapa tahun lalu.

7tahun...

Redza buka mata dan tangas dia bangun siap badan dibongkokkan sedikit. Tangan kanan diseluk ke bawah katil mencapai sesuatu dari bawal katil. Dia senyum apabila tangan kanannya sudah mengapai barang paling berharga yang masih disimpannya.

Kotak empat segi separa besar diangkat dan dibentang ke atas katil. Kotak lama yang hampir 7tahun tidak disentuhnya. Kotak yang dimana dia menyimpan segala kenangan diwaktu zaman remajanya.

Jatuh cinta pada seorang gadis dan hingga kini hati tak mampu dibuka untuk wanita lain. Saat kaki melangkah dia sentiasa berdoa semoga mereka dipertemukan semula.

Dan akhirnya, walaupun pertemuan pertama itu agak tak berapa best. Redza tersengih kecil. Salah dia juga parkir kereta disitu. Tapi kalau tak sebab dia block kereta Elena Sofea pasti dia tak akan bertemu dengan gadis yang selama ini terpahat di hati. Malah, makin membuat hati bahagia apabila dia diberitahu awek gangster itu adalah adik kandung kepada majikannya. Lagilah dia gembira tak terkata.

Depan Elena memanglah nampak dia selamba. Tapi, sebenarnya Tuhan saja tahu perasaannya. Saat mata Elena tajam menatap sepasang matanya. Perasaan cinta itu masih ada dalam hatinya. Meski, Elena langsung tidak mengenalinya. Tapi Redza tidak pernah lupakan wajah itu. Wajah yang mana dia pernah sanggup korbankan dirinya demi wanita itu.

Emir Redza senyum kecil seraya menarik not RM1 yang hanya tinggal separuh. Dia tergelak untuk ke sekian kalinya. Kalaulah you tahu I ni siapa. Agak-agak you masih nak panggil I Mr.Red lagi ke? I rasa you akan gelar I, Hero.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience