BAB5

Romance Series 681

Siapa hantar kau balik tu?” Panjang leher Iman ke luar tapi tak sempat nak tengok siapakah gerangan yang menghantar Elena pulang. Kerera BMW merah itu pun sudah selamat pergi. Cish! Tak dapat tengok muka.

“Tak ada siapalah. Dah masuk.”

“Kereta kau mana?”

“Telefon kau mana?”

“Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Ada tu.” Iman muncung pada telefon bimbitnya yang elok terdampar atas meja bersebelahan dengan komputer ribanya.

“Kereta kau mana?” Iman ulang soalannya yang tidak dijawap.

“Check telefon kau jap. Berapa juta kali nama aku keluar.”

Elena ambil tempat pada sofa single berhadapan dengan Iman.

Iman capai telefon bimbit masih dengan riak wajah pelik. Tanya kereta, dia suruh kita check telefon pula. Iman telan liur sendiri apabila lebih 10kali panggilan tidak dijawap. Dia angkat muka. El sudah tarik wajah tajam.

“Sebab kau tak angkat call aku, aku kena balik dengan budak Emir Redza tu. Sebab kau tak angkat call aku, aku kena teman dia makan. Dan sebab kau tak angkat call aku, aku kena hadap dia dalam jangka masa yang sangat panjang.”

Iman telan liur. Tapi dahi berkerut kecil apabila mendengar sepotong nama yang disebut oleh El itu.

“Emir ... Siapa?”

Elena hela nafas malas. Cukup-cukuplah dia dah hadap Encik Emir Redza yang terlebih friendly hari ini. Lain sangat dengan Redza yang dia jumpa sebelum ini. Bukan dia buta sampai tak nampak langsung, taktik lelaki itu jelas mahu mendekati dia. Tapi untuk apa?

“Emir Redza pekerja Kak long tulah.

“Mr.Red maksud kau?’

El angguk kepala malas.

“Really?”

“Buat-buat terkejut atau memang terkejut?” Dia kecilkan matanya.

“Betul-betul terkejut. First, sorry sebab tak angkat call kau. Aku tak sedar sebab aku silent phone. Second, nama dia Emir Redza?”

El sandarkan badannya. Malas nak dengar yang kedua tu. Emir Redza? Nama memanglah sedap bunyinya. Tapi, perangai? Harap maklum jauh sangat dengan nama.

“Manuskrip dah siap?” El lari topik perbualan. Pandangannya jatuh pada laptop diatas meja dan beberapa kertas bersiaz A4 yang berselerak diatas meja.

“Siap apanya. Aku kena rombak balik.”

“Again?”

“Yes.”

“Kali ke berapa dah ni eh?”

“More than 10times.” Jawap Iman masih dengan nada tenang. Nak jadi penulis tahap kesabaran haruslah setinggi menara KLCC. Lagipun, dia masih muda. Terlalu banyak yang harus dia pelajari. Iman anggap ini adalah satu proses pembelajaran.

“Kalau aku jadi kau....” Elena geleng kepala tanda tak sanggup.

Iman sekadar balas dengan senyuman manisnya.

Dia mula berjinak dalam dunia penulisan sejak berusia 18tahun. Banyak manuskrip yang telah dia hantar kepada syarikat penerbitan tapi masih belum rezekinya untuk karyanya diterima untuk diterbikan.

Tapi, sekurang-kurang Iman ada cita-cita dan impian. Sedangkan, dia? Elena hela nafas halus. Dia mencari dimana sebuah impian dan cita-cita yang dia mahukan selain ingin hidup bersama Muhamad. Tapi dia masih belum jumpa atau mungkin dia cuma ada satu impian dan satu cita-cita iaitu hidup bersama Muhamad.

“Aku ingat nak buat manuskrip baru.”

“Interesting. Storyline?” Dia suka dengar idea Iman apabila sahabatnya itu ingin mengeluarkan sesuatu idea atau cerita yang baru. El sangat mengagumi cara Iman berfikir dan berimaginasi. Tak semua orang dapat kelebihan itu.

“About you.”

“Me?” El tergelak. Biar betul?

“Ya..” kali ini gelak Elena makin kuat. Pasal aku? Gila ke?

“Okey.. sekarang kau bagitahu aku part mana yang interesting sangat pasal aku yang buat kau terfikir nak jadikan cerita?”

Bagi Elena, hidup dialah yang paling membosankan dan tidak ada satu pun yang menarik. Lainlah Iman, perjalanan penuh berliku. Iman ada impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Beberapa kali jatuh tapi masih tetap gagah mahu bangun dan capai apa yang dia mahukan. Jauh sangat dengan Elena Sofea yang sentiasa saja menyerah dengan perjalanan hidup sendiri. Tak ada apa yang menarik tentang hidup seorang Elena Sofea ini. Percayalah.

“Pertama, kisah cinta kau dengan Muhamad. Kedua, kisah kau dengan Kak long macam Kak long bertahan dapat adik macam kau. Of course aku akan masukkan story kau dengan D. Dan, aku baru je dapat idea bila nampak kau balik dengan Mr.Red kau tu.”

“Kau jangan cakap yang ....”

“Yes.. aku nak masukkan Emir Redza tu dalam story ni jugak.”

El tergaga masih perhatikan wajah bersungguh Iman. Nampaknya sel-sel otak Iman sedang berhubung. El dah boleh baca mesti dalam otak sahabatnya sedang sibuk bekerja keras menyusun jalan plot dan cerita. Bukan dia tak kenal Iman, tak perlu tarik pen dan kertas. Cukup sekadar simpan di dalam memori fikiran.

“Jadi, kira onlah ni, okey?” Iman angkat kening.

“Kalau aku cakap tak boleh pun mesti kau akan buat jugakkan?”

“Thanks beb!”

“Royalti bahagi dua!” El angkat tangan tunjuk gaya ‘peace’ siap senyum sampai telinga. Dia akan lakukan apa sahaja demi Sahabatnya ini. Iman banyak membantunya jadi tak salah jika kali ini dia pula membantu Iman. Mari kita tengok jadi ke tidak Manuskrip ‘based on true story’ yang akan Iman akan coretkan nanti.

“Jangan cakap bahagi dua semua aku bagi kau. Kau tahukan aku menulis bukan nak kejar duit sangat pun.”

“Ya faham. Kaya muda.” Iman sengaja buat tak dengar.

Iman nampak saja biasa-biasa. Ambil gaji dari Kak long jaga Elena. Tapi adik-beradik semua kaya-raya yang tinggal di luar negara. Cuma Iman seorang yang memilih untuk hidup berdikari sendiri. Rasanya Iman tak payah bekerja pun adik-beradik tiap bulan masuk duit untuk adik kesayangan.

“Iman.”

“Hm..”

“Kau ni sebenarnya lagi kaya dari Kak long tau tapi kenapa ek kau pilih hidup macam ni? Aukland best apa?”

El jarang berbual soal keluarga Iman. Iman pun jarang sangat cerita tentang keluarganya. Apa yang Elena tahu kedua Ibu dan Bapa Iman meninggal dunia dua tahun lalu. Elena ingat lagi abang dan kakak Iman datang nak bawa Iman pergi ke Aukland tapi Iman memilih untuk tinggal di Malaysia saja.

“Malaslah. Nanti rindu KLCC.” El tergelak.

“Boleh je tengok gambar.”

“Tak ada feel tengok gambar.”

“Cakap jela takut rindukan aku.” El angkat kening.

“Of course!” Iman jawap dengan nada suara yang sengaja dimanjakan. El tergelak bila Iman angkat dua tanganya tunjuk gaya mini love! Susah gila nak tengok Iman buat lentok manja macam awek gedik. Terhibus juga lah tengok Iman begitu.

Hilang terus adegan sebabak bersama Redza tadi. Yake hilang? Tapi kenapa perlahan-lahan rasa adegan sebabak tadi tu mula bermain dicelah kotak fikiran ni? Dah sudah! Kau dah kenapa El?!

“You boleh anggap yang tadi tu date kita yang pertama.”

“Pleaselah!” Dia jeling mata ke atas. Kaki diayun makin laju meninggalkan Redza dibelakang. Tak payah nak berangan. Dia pun tak ingat bila date pertama dia dengan Muhamad inikan pula nak ingat date pertama dengan Mr.Red ni. Lagipun, ini bukan date okey!

El mendengus penat. Bagus sangat parkir sampai ke hujung dunia! kalaulah tahu Kampung Baru ni memang terhad dengan parkir kereta memang taklah dia setuju ke sini.

“El.. jangan laju sangat jalan sebelah I ni. Bahayalah you jalan sorang.”

Elena tak hiraukan panggilan Redza yang lembut mendayu seperti memanggil sang kekasih. Menyampah! Bunyi kenderaan yang berduyun-duyun ke hulur dan ke mudik membingitkan telinganya. Rimas!

“El...”

Redza melangkah makin laju cuba untuk menyaingi langkah El yang nampak macam dah tak hiraukan selaut manusia. Apa yang Redza risaukan bila tengok dari gaya berjalan memang jelas El tak biasa dengan persekitaran seperti ini. Semua dia main redah. Lintas jalan macam lintas jalan dari Pavilion ke Sephora je gaya.

“Jalan sebelah I.” Lengan El dipegang. Laju El tepis.

“Don’t!”

“Okey..” Redza angkat kedua belah tangan separuh bahu.

“Bahaya you jalan seseorang.” Redza bersuara separuh risau.

El buat pekak kali ini kaki diayun makin laju. Kalau boleh nak tinggalkan Redza berbatu-batu dibelakang. Acah ambil berat pula dia ni!

Baru beberapa tapak dia melangkah sebuah motorsikal menunggang dengan laju dan nampak begitu dekat menghampiri El yang sedang berjalan penuh lenggok di bahu jalan. Buatkan langkah Redza makin laju terus dia berlari anak ke arah El.

“Elena!”

Lengan kanan El ditariknya serta beg tangan yang dijinjingnya wanita itu dengan gaya seperti berjalan masuk ke dalam pavilion ditariknya.

Bunyi motosikal yang sengaja di-press kuat menakutkan El. Redza cuba untuk mengecam nombor plat pada motorsikal itu tetap otaknya kini hanya pada El yang nampak kaku dihadapanya.

El kenjung seketika. Muka pucat mungkin sebab terkejut. Aku hampir kena ragut ke tadi? Mata mula merah menahan tangis. Sumpah takut! Kak long!

“Are you okey?” Soal Redza dengan nada lembut.

Beg tangan milik wanita itu selamat di tangannya. Si penunggang motorsikal yang berniat untuk meragut sudah lesap dengan hasil tangan kosong.

El tak berganjak seinci pun. Dia berdiri rapat dengan Redza. Kedua belah tangannya memegang hujung baju kemeja milik Redza dengan mata dipejam. Dan perlahan-lahan dia dibenamkan wajahnya ke dada lelaki bernama Emir Redza. Menitik air matanya. Terus terbayang tragedi 7tahun lalu. Tragedi yang hampir sama seperti sebentar tadi. Bezanya dia tak sempat dilanggar.

“Kan I dah cakap jalan dengan I. Nasib baik tak sempat jadi apa-apa. Percayakan I, you akan sentiasa selamat bila dengan I. Dah jom..” Redza bersuara lembut dalam diam dia memujuk El yang masih tunduk muka cuba menyorok wajahnya yang sudah basah dek air mata.

Tangan kanan El diraihnya. El sekadar ikut langkah Redza. Buat masa ini dia hanya selamat dengan Redza. Mereka sama-sama melangkah terus El lupa sengketa antara dia dengan Redza.

Bibir Redza mengukir senyum nipis. Selangkah demi selangkah Redza berharap ini bukan sebuah mimpi buruk atau indah. Kerana, dia takut mimpi-mimpi ini akan menghancurkan segalanya.

Saat kebenaran terbuka. Waktu itulah mimpi yang nyata. Mimpi yang sebenar-benarnya mimpi.

“Sister makin busy ye sekarang? Halo pun tak ada.”

“Busy cari duit nak kahwin.” Selamba badak je bagi jawapan luar kotak. Biasalah tu jasad kat sini tapi otak ke lain. Ke mana? Ke Emir Redza ke? Haish! Cepat-cepat El geleng kepala. Sejak bila pandai fikirkan lelaki lain ni?

“Takyah cari duit. Duit saya ada je nak masuk meminang awak. By the way dah tanya Kak long ke belum berapa wang hantarannya?”

Glup! El telan liur. Tak ada kata alu-aluan terus masuk topik sebenar? Nampak sangat tak sabar nak kahwin dia ni.

“Belum lagi. Tunggu awak balik sini baru bincang macam mana.” Takkan nak cakap yang Kak long belum bagi kata setuju? Mahu tak boleh jawap paper exam mamat ni esok. Tak naklah sampai buat orang di sana tak boleh fokus dengan pelajaran sebabkan masalah kecil ini.

“Awak boleh tunggu ke ni?”
“Kalau 4tahun saya boleh tunggu inikan pula beberapa bulan. Come on? Elena Sofea kot.” El siap buat gaya tepuk dada sendiri. Lelaki ditalian sudah ketawa bukan main. El turut tergelak tengok gaya diri-sendiri pada cermin di hadapannya.
“Habis je paper saya terus fly balik Malaysia.”
“I will waiting for you. Jangan risau.”
“Mestilah risau. Takut dia kena rembat dengan pakcik kat Selayang tu?”
“Agaklah. Level saya ni pakcik-pakcik ke?”
“Tengok oranglah.. Orang lawa macam awak ni. Imam Masjid pun nak jadikan bini kedua.”
El tarik muncung tapi bibir sudah sengih menahan tawa. Ada je dia ni.
“Yada-yada... Tak ada siapa yang nak kat kita kalau ada pun orang jauh. Nak pergi sana kena merentas dunia. Memang tak tergapai dek akal.”
“Alaaa bukan selalu. Tapi pelik.. kalau orang bercinta merentas lautan api pun sanggup tapi awak lain eh?”
“Saya ni jenis yang tak suka merentas-merentas ni. Kalau jodoh tak ke mana.”
“Bercakap bukan main pandai..”
“Comes from you Muhammad.”
El ketawa dihujung talian.
Dalam hati dia bahagia. Muhamad lelaki yang senang untuk dia. Mudah menghiburkan. Dengan Muhamad dia tak perlu pura-pura menjadi orang lain. Muhamad tahu dimana kelebihan dan kekurangan dirinya dan lelaki ini menerimanya dengan penuh keikhlasan.
Muhamad adalah penyebab dia masih bernafas hingga kini. Lelaki inilah yang telah menyelamatkan nyawanya. Jika lelaki ini tidak menyelamatkan dia dari kemalanga itu mungkin sekarang dia tidak wujud didunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience