“Fuhh! penat!” Pintu kayu ukiran jati ditolaknya lemah seraya kaki diayun malas. Apa yang dia mahukan sekarang cuma katil dan bantal. Otak dah senak dengan bebelan dan amaran dari kak long tengahari tadi. Kalau tak ceramah memang tak sah! Malas nak fikir! Boleh jadi gila!
Topik hari ini adalah kerja dan pindah semula ke banglo mewah di Bukit Antarabangsa. Dan, El tetap menolak sekeras-kerasnya kedua topik yang dia ‘kemukakan’ oleh Nadiah iaitu satu-satunya kakak kandung yang dia ada buat masa ini. Bukan buat masa ini, tapi untuk selama-lamanya.
Dia penat dengan paksaan dari Kak long bukan dia tak nak bekerja atau tak mahu bekerja langsung, cuma dia masih mencari kerja yang sesuai dengan jiwa seorang Elena. Kerja di Megah berhad bersama dengan Puan Nadiah? El dah boleh bayangkan hari-hari yang akan dia lalui di Megah berhad. Nehi! Nehi! dia geleng kepala.
Bila difikirkan apa yang Nadiah katakan ada betul juga. Belajar tinggi-tinggi takkan nak buat pekasam pula sijil tu semua? Dan kalaulah dia berani menjawap… Pergh! Memang tak beranilah ceritanya. Takkan nak cakap; El belajar sebab Kak long yang suruh. Ikutkan El tak nak pun belajar. El nak duduk rumah jadi suri rumah. Kalau dia jawap begitu mahu kena tedang berguling-guling dari tingkat 18 sampai ke lobi.
El rebahkan badannya ke atas sofa. Nak panjat tangga naik ke bilik atas rasa penat ya amat!
Topik soal pindah semula ke banglo mewah Nadiah di Bukit Antarabangsa memang dia tak akan setuju. El selesa tinggal di rumah teres dua tingkat yang disewanya ini. Dia selesa tinggal di kawasan Selayang Baru daripada kawasan Elit di Bukit Antarabangsa nun di atas bukit sana. Lagipun, dari kecil dia membesar di Selayang baru.
Kunci kereta dan beg tangan dicampaknya ke tepi sofa. Bantal kecil empat segi dihujung kaki disepak ke atas. Pap! terus mendarat ke atas muka. Bantal empat segi itu dijadikan alas kepala. Mata dipejam rapat rasanya kalau dia tidur sekarang mahu ‘koma’ sampai esok pagi.
Iman yang melangkah menuruni anak tangga perlahan geleng kepala melihat El yang sudah ‘terdampar’ di atas sofa. Iman terus melangkah mendekati Sahabat baiknya.
Hujung kaki Sahabatnya ditolaknya dengan tangan kanan. El tidak beraksi masih tetap mahu melayan matanya. Iman tolak sekali lagi hujung kaki Sahabat serumahnya dengan bibir mula diketap.
“Elena!”
“Hm..”
“Kau pergi mana tadi?”
“Hm...”
“Kau pergi mana tadi?” Iman ulang semula soalannya. Kedua belah kaki El diangkat seraya labuh punggungnya disitu. Dan, kaki sahabatnya diletakkan ke atas ribanya.
“Pergi jumpa Kak long...” Dia menjawap dengan nada malas.
“Lepas jumpa Kak long. Kau pergi mana lagi?”
“Balik....”
“Sebelum kau balik kau ada berhenti mana-mana tak?” Tangan diangkat seraya digoyangkannya ke kiri dan kanan.
Iman geleng kepala.
“Elena Sofea.. Tolong buka mata tu kejap.”
“Kacaulah.. Aku penat ni!” El merungut kasar. Mata masih dipejamnya rapat.
“Sekejap je.”
“Jap. Jap 5minit...” El siap angkat tangan tunjuk kelima-lima jarinya.
Kali ini Iman sudah hilang sabar. Laju dia cubit peha sahabatnya. Telefon bimbit dihulurnya betul-betul didepan muka El.
“Buka mata tu kejap. Kau tengok ni!”
“Hm apa dia! Kacaulah dia ni.”
Telefon bimbit dirampasnya seraya mata dibuka separuh malas.
“Nanti-nanti kau boleh tunjuk kat aku, kan? Itulah dah taksub sangat dengan dunia media sosial ni…” El membebel dengan nada separuh marah dan separuh malas.
Iman ni tak habis dengan fac, Instagram. Ada je benda dia nak tunjuk. Ini apa pulak ni? Perempuan gila mana yang terjerit macam orang gila ni?
Eh, Sekejap?! Matanya terbuntang luas.
El terus terbangun dari pembaringannya seraya mata dibukanya makin luas. Dia replay semula video yang berdurasi beberapa minit itu. Tak puas hati, dia ulang semula. Tak puas hati lagi, video diulangnya tepat pada scene muka sedang marah siap hentak kasut tumit tinggi warna biru jenama Gucci yang baru dibeli minggu lepas.
Telefon jatuh ke riba. El toleh pada wajah Iman.
Iman tayang senyum puasnya.
“Aku rasa kau dah boleh pergi cek phone kau. And… goodluck! Aku nak pergi dapur masak!”
Iman siap lambai tangan dengan muka tak bersalah. El raup wajahnya perlahan. Dia bukan risaukan video yang tersebar di Fac itu. Tapi yang dirisaukan adalah Kak long!
Usai sahaja mandi dia terus bergegas ke dapur. Waktu begini memang masanya waktu makan malam. Lagipun, Iman sudah ditugaskan untuk menyediakannya makan malam. Masakan Iman sebijik seperti masakan kampung. Makanan kegeramaran!
El sanggup makan dirumah dari makan di luar. Air tangan sahabat baiknya lagi sedap dari makanan diluar. Lagipun, Iman memang handal bab memasak. Minta saja masakan apa pasti akan Iman masakkan untuknya. Air tangan Iman boleh kira sama sedap dengan masakan Makwe. Tapi masakan Makwe lagi sadap. Rindu Makwe!
Baru nak tarik kerusi telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Tak perlu tengok siapa nama pemanggil kerana dia sudah siap set nada dering special untuk si pemanggil ini. Dengan keluhan yang hampir menyapa gegendang telingan Iman yang sedang menyusun pinggan ke atas meja buatkan senyum kecil terukir pada bibir Iman.
“Ye, Kak long.” El sempat jeling Iman yang sedang menahan senyum dan tawanya saat mendengar suara Nadiah kuat hingga sampai ke telinga Iman.
“El balik tadi terus masuk bilik mandi lepastu solat. Ni baru turun bawah nak makan dengan Iman.. No.. Bukan El sengaja tak angkat call Kak longlah.. El mandi tadi..”
Iman angkat kedua tangan tanda surrender saat El beri isyarat mata minta bantuan kecemasan dari Iman.
“Hm.. Tengok.. Kak long .. El tak salah..”
El ulang-alik di hadapan mata Iman.
“Dia block keretaEl. Mana El tak marah? Kalau Kak long kat tempat El pun Kak long mesti buat benda sama…”
Suara si Kakak makin lantang dihujung talian.
Iman tahan gelak melihat El menjauhkan telefon dari cuping telinga. Dia yang duduk berhadapan dengan El pun dah boleh dengar suara Nadiah yang ‘meriah’ di hujung talian.
“Alaaa.. Esok senyaplah tu. Baru-baru tu memanglah kecoh. Biasalah selagi boleh viral mesti dia orang akan viralkan. Jangan risaulah..”
Berani pula tu menjawap? Iman geleng kepala.
“Mana ada orang menjawap cakap Kak long tapi masalahnya El tak salah. Kenapa pulak orang nak kena kecam El? Mamat tu yang salah sebab block kereta El. Yes I know but…”
El tarik nafas dalam-dalam. Sabar El sabar. Dia pujuk hati sendiri. Kalau boleh tak nak tinggi suara dengan Kak long sebabkan isu ini.
“Dahlah Kak long.. Ini Iman dah masakkan makan malam untuk El ni. Orang nak makan pastu nak terus tidur. Kak long jangan lupa makan. Love you Long.. Assalammualaikum.”
Telefon disumbat masuk ke dalam poket seluarnya seraya tarik kerusi dihadapan Iman. Kedengaran degusan halus dari bibirnya.
“Bagus sangat ke bahasa macam tu?” Tegur Iman. Pinggan yang dihulur oleh Iman dicapainya. Malas dia nak fikir apa yang jadi hari ini.
“100k like. 3825 share. Cepat jugak kau famous hari ni. Aku berani kerat jari lepas ni mesti Motif Viral akan call kau.”
“Motif apa?”
“Motif Viral.. TV show yang tengah panas sekarang ni. Motif Viral selalunya suka jemput orang-orang yang viral kat laman sosial. Lagi-lagi orang yang kena kecam dengan netizen. Macam kau..”
“Hamboi.. main kasar nampak? Nampak pinggan ni?” Iman tergelak bukan main galak kali ini.
“Kak long marah sebab dia cakap mamat tu staff dia.” El bersuara sempat pula tayang muka tak ada perasaan.
“Seriuslah? Patutlah Kak long bukan main marah lagi.. Kau pun satulah. Orang tu parkir kat situ bukan lama sangat pun. Baran tu tolonglah control sikit.”
Air milo panas kegemaran Sahabat ‘serumah’ dihulurnya. Nak jaga perut Elena Sofea tak susah mana pun. Haruslah dia berterima kasih pada Nadiah kerana beri duit poket lebih sebab jaga adik dia yang degil ini.
“Tapi memang Kak long patut marah pun. Kau tak tengok ke article kat blog-blog? Dia orang guna nama Kakak kau dan Megah berhad sebagai headline blog dia orang. Nak melariskan produk haruslah guna taktik begitu. Kak long marah sebab nama Megah berhad terpalit sekali. Itu tempat kak long cari rezeki, mana dia tak marah.”
El termenung sekejap. Bila fikir semula memang patut pun Nadiah mengamuk padanya. Megah Berhad itukan tempat mereka semua cari makan. Kalau nama Nadiah ‘hangat’ diperkatakan dan nama Megah Berhad pun terbabit pastilah reputasi syarikat itu terjejas juga. Apa kau dah buat ni? Hari kecil bersuara mula menyalahkan diri-sendiri.
Tapi cepat-cepat dia geleng kepalanya menolak segala perasaan bersalah yang baru sahaja mengetuk dinding egonya. Bukan salah aku. Salah mamat BMW tu!
“Okey dah. Aku pun tak nak cakap apa perkara yang viral tu. Aku nak tanya apa kau buat kat Megah berhad tu? Jumpa Kak long? Ada apa?” Soalan bertubi-tubi bersama dengan kerutan halus di dahi Iman buatkan suapan El agak terhenti sekejap.
“Macam biasalah. Dia nak aku kerja dengan Megah. Dia nak aku balik rumah.”
“Dan jawap kau?”
“Jawapan cliché jugak. Kak long tak boleh paksa aku buat benda yang aku tak nak. Aku bukan budak lagi.”
“Yes, but aku rasa apa yang Kak long minta itu semua untuk future kau… Bukan Kak long suruh kau merompak. Hidup ni panjang tak akan kau nak sia-siakan hidup kau?”
“Siapa cakap aku sia-siakan hari aku? I enjoy every single moment.”
“Every single moment dengan menunggu Muhamad back to malaysia and marry him, gitu?” El angguk kepala bak burung belatuk tanpa perasaan. Sempat pula tu senyum tersipu-sipu. Hish ada yang makan pinggan ni kang!
“Dan lepastu? Habiskan hari-hari kau dengan jadi Isteri dia. Kau tahu tak jadi seorang Isteri ni bukan mudah?”
“Yes I know. But I love him so much. Aku nak kahwin dengan dia. Kau sendiri tahu itu cita-cita aku sejak sekolah.” Iman geleng kepala dengan jawapan kurang cerdik dari El. Orang lain bercita-cita tinggi nak berjaya dalam hidup. Tapi manusia yang satu ni… Iman hanya mampu geleng kepala.
“Aku ada dengar satu ayat ni; jangan cintakan seseorang itu terlalu banyak. Simpan sikit rasa cinta itu untuk diri-sendiri. Sekurang-kurangnya kalau kau sakit tak adalah dalam sangat.” El masih beriak selamba meski hati agak tersentak dengan kata-kata Iman itu.
“Yada-yada.. Dah makan.” Cepat-cepat El sibuk menyuap nasi ke mulut.
Lagi dibiarkan lagi jauh Iman ‘pergi’. Biasalah penulis ayat pun haruslah deep. Tak penulis la kalau ayat tak deep sampai ke dasar hati.
“Famous awak sekarangkan?” El tergelak mendengar. Perut kenyang hati haruslah senang. Bertambah senang bila dengar suara si jantung hati yang jauh menimba ilmu di bumi asing.
“Jangan menangis pulak kalau saya ramai peminat.”
“Hoho! Memang taklah nak nangis. Sebab sebelum dia orang semua jadi peminat awak. Saya dah jadi peminat awak dulu dah.”
El lambai tangan pada Iman seraya kaki diayun naik ke bilik.
Iman balas dengan senyum nipis. Dia dah boleh agak sendiri dengan siapa Sahabatnya itu berbual di telefon pada waktu malam begini.
“Kak long mengamuk teruk tadi.” Badan direbah ke atas katil. Fuhh nikmatnya!
“Dah boleh bayang.”
“Saya tak salah pun. Dah biasa dengan Kak long. Tapi yang tak fahamnya kenapa orang yang record tu cuma record muka saya tapi tak record muka mamat yang dah block kereta saya tu?”
“Itu namanya mencari berita sensasi. Takkan tak perasaan ada orang record awak masa tu?”
“Tak perasan sebab masa tu tengah panas hati gila dengan mamat tu.”
“Siapa dia? kenal?”
“Tak kenal dan tak nak kenal tapi Kak long cakap mamat tu staff dia.”
“What the f.”
El tergelak mendengar. Ingat dalam novel dan drama TV saja ke ada kebetulan, orang tu ada kena-mengena dengan keluarga kita? Ini dalam cerita Elena Sofea ada buktinya.
“No comment El. No wonder Kak long mengamuk. Headline yang dia orang tulis kat blog dengan Fac tu pun boleh tahan jugak.”
“Tahu..”
“Hm.. by the way El... Awak tak boleh kasar macam tu. Gucci tu mahal lain kali pakai benda keras. Saya tengok kereta dia tak kemek pun.”
Baru dia nak murung 5minit saat dengar aura-aura Kak long dari Lelaki di talian. Terus tak jadi lepas dengar ayat terakhir. Pecah ketawanya. Gila betul dia ni!
“Dah benda tu je yang ada kat tangan. Kalau ada pistol ke senapang ke mesti dah lama tembak.”
Kali ini lelaki itu pula gelak terbahak-bahak dihujung talian.
“Awak...”
Dari berbaring dia berubah posisi duduk dibirai katil. Hujung kaki kanan menguis lantai.
“Berapa lama lagi kat sana? Dan berapa lama saya kena tunggu awak balik?”
“I will be back soon. Final exam nak dekat dah. Nanti habis je paper saya terus balik KL. Uncle Nazim dah bising suruh saya masuk kerja dengan Putra.”
“Betullah tu. Dah sampai masanya awak pula ambilalih Putra Holding tu. Lagipun, Abang awakkan tak nak company tu.”
“Bukan tak naklah.. Dia belum sedia lagi.”
“Pelik.. Orang lain berebut-berebut nak dapat pangkat yang lagi tinggi. Tak nak kerja makan gaji tapi abang awak ni lain pula saya tengok.”
“Kan saya dah cerita dengan awak apa yang jadi kat kami dulu. Abang saya tu masih trauma lepas apa yang Tok Mak buat kat arwah Papa dan Mama.”
“Arwah Tok Mak awak dah lama pergi takkan Abang awak tu masih trauma lagi? Dia macam tak trauma tapi berdendam.” Komen El selamba.
Pelik sungguh. Dia kenal dengan Muhamad sejak dia dibangku sekolah lagi. Dan selama mereka berdua berkawan dan menjalinkan hubungan tak pernah sekali dia bertemu dengan Abang kandung Muhamad. Dia hanya mendengar cerita dari Muhamad saja, jumpa depan mata tak pernah.
“Dia perlukan masa. Saya faham apa yang dia rasa sebab dia anak sulung dan orang pertama yang faham apa yang jadi dalam keluarga kami. Tak mudah untuk dia lupakan apa yang terjadi. Takpe nanti saya balik KL saya bawa awak jumpa dia sebab sekarang dia dah tinggal kat KL.”
“Okey boleh. Nak juga saya tengok orangnya macam mana.”
“Of course tak boleh lawan muka handsome saya ni.”
“Ceh! Perasannya dia.”
“Orang tengah menjual ni. Tak nak beli ke?”
El ketawa. “Memang jenis stock lelaki tak laku ke sampai nak menjual? Ni boleh nego tak?”
“Tak boleh.”
“Why?”
“Sayang dan cinta mana boleh nego. I can give as much as you want.”
“Cringenya…” El tahan ketawa tapi orang di sana terlebih dahulu sudah keawa besar.
“Lepastu, kita bolehlah bincang tarikh kahwin kita.”
Dengar perkataan ‘kahwin’ terus dia kejung sekejap. Ayat itu sebenarnya dia dah lama sangat nantikan keluar dari bibir si lelaki yang sudah lama bertahta dihati. El terdiam lama. Lidah kelu tak terkata.
“El? sudi ke awak kahwin dengan saya? Saya bukan lelaki yang terbaik kalau awak nak tahu tapi awak kena tahu yang saya tak pernah stop cintakan awak. Kita jauh berbatu-batu tapi rasa kasih saya kat awak tak pernah ada bantas dan waktu.”
El senyum simpul.
?“But still cringe.” Balasnya selamba walaupun sebenarnya hati sudah berbunga-bunga.
Lelaki ini, lelaki yang sedang berbual dengannya adalah lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya seketika dahulu. Dan, lelaki ini akan selamanya menjadi yang pertama dan terakhir.
Insyallah dengan Izin-Nya.
Share this novel