Elena susun kertas dan pen diatas meja mesyuarat. Makanan untuk minun petang pun sudah dia sediakan. Hari ini Putra Holding akan mengadakan mesyuarat bersama rakan kongsi untuk project pembangunan. Dengarnya project sampai berbilion. Itu apa yang diberitahu oleh Uncle Nazim. Opss! Encik Nazim. Ditempat kerja haruslah beretika sikit. Pakcik tak pakcik bila dah masuk dalam ‘gelanggang’ pekerjaan semua kena tolak tepi.
Hari ini dah masuk tiga bulan Elena berkhidmat sebaga PA kepada Encik Nazim. Tak ada kata yang mampu dia katakan kerana dia terlalu gembira dengan kerjanya kini. Pengalaman baru yang dia rasakan ini sangatlah bermakna untuk dirinya. Malah, dia belum terfikir lagi bila dia mahu berhent.. Entahlah rasa tak nak berhenti pun ada. Aci tak kalau nak terus kerja je kat sini? El tersengih kecil.
“Dah siap ke tu?” Julia muncul dimuka pintu. El senyum manis seraya angguk kepala. Rasanya dah tak ada kerja dah sebab semua sudah selesai tinggal tunggu tetamu datang bertandang.
“Dah lunch? Jomlah makan. You tak makan dari tadi I tengok. Sibuk dengan set up meeting room. Rajin sangatlah you ni.”
“Encik Nazim cakap yang datang kali ini special guese jadi I kenalah make sure everything special.”
“Pekerja terbaik betul you ni. Tapi makan tu pun kena jaga jugak. Jomlah kita makan. I ada beli nasi bungkus. Kita makan kat patry.”
“Okeylah kalau macam tu.”
El ikut langkah Julia rakan sekerjanya.
“Coffea or tea?”
“Tea. I tak minum coffea.”
El ambil tempat pada ruang meja makan yang memuatkan untuk 4orang pekerja. Saja tak nak turun makan di cafe sebab sekejap lagi tetamu akan datang. Walaupun dia langsung tidak terbabit dalam mesyuarat sekejap lagi tapi dia harus memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
“Syarikat mana yang nak datang nanti eh?” Soal El sebaik sahaja Julia ambil tempat dihadapannya.
Antara beratus-ratus pekerja di Putra Holding dengan Julia sahaja dia selesa berbicara. El memang seorang yang susah untuk menerima rakan baru. Sebab itulah dia cuma ada Iman seorang sahaja Sahabat baik. Pengalaman lepas telah mematangkan dirinya dari segi memilih teman.
Tapi, Julia bukan seperti apa yang terlintas di kepalnya. Julia seorang rakan kerja yang sangat baik dan mudah jika diajak berbual. Lagipun, sejak hari pertama dia jejak kaki di Putra Holding Julia la orang pertama yang ringan mulut dan ringan tangan membantunya dari segala kerja yang masih belum dia faham.
“You tak tahu?”
“Tak sempat nak tanya Encik Nazim tadi.”
“I ingat you tahu...”
“Kenapa? I kenal ke?”
“El? your sister CEO Megah Berhad, kan?”
Perlahan-lahan El angguk kepala. Niat dalam hati nak menindakkannya tapi dari gaya Julia bertanya dia dah boleh agak mesti Julia dah buat research awal-awal sebelum bertanya. Jadi tak perlulah menindakkan status diri-sendiri. Kes famous di Fac tu pun blogger-blogger dah siap tulis tajuk besar-besar kat situ 'Adik kepada CEO Megah Berhad.”
“Apa kena-mengena dengan kakak I?”
“Laa… You tak tahu ke?”
Ingatkan beria set up bilik mesyuarat tu sebab nak impresskan si kakak. Julia boleh tahan juga tahap ke paparazian dia. Kes video viral kat Fac tu masih belum dia lupakan. Selama ini dia fikir Elena masuk ke Putra Holding mungkin kerana dihalau oleh Si Kakak atau mungkin si Kakak malu dengan perangai si adik sebab tu halau sampai ke Putra Holding.
Apa yang Julia nampak selama sebulan Elena di sini tak ada pula dia lihat perangai Gangster Elena yang kecoh diperkatakan. Baik je? senang ajak berbual. Bab kerja mana pernah curi tulang. Nak bezakan Elena dan dirinya sangatlah jauh walaupun di Putra Holding ini mereka sama-sama kerja makan gaji. Tapi, tetap juga tak boleh menindakkan status Elena.
“Apa yang I tak tahu?”
“Meeting kejap lagi ni dengan company kakak youlah.”
“Puan Nadiah datang?”
Dah lama tak jumpa Kak long bolehlah ajak minum petang sekali nanti.
“Kakak you tu busy mana ada masa nak datang company ni. Selalunya yang datang Encik Emir Redza. You kenal, kan?
Hampir nak tersembur Teh yang mula suam yang baru singgah di anak tekak dan cepat-cepat ditelannya. Mata membulat besar siap pandang Julia.
“What?!”
“Lunch?”
“Oh my!”
Tersandar Elena ke pintu apabila disergah dari luar pintu. Dia yang baru hendak melangkah keluar dari bilik pejabat Encik Nazim terkejut apabila Emir Redza buat gaya ambush tak bertauliah.
El mendengus kasar.
“Encik Nazim tak ada.” Langkah diayun. Lain kali nak datang buatlah appoiment awal-awal.
Encik Emir Redza ini makin kerap pula datang bertandang ke Putra Holding ini. Project yang mereka bincangkan tempoh hari masih dalam peringkat permulaan. Nak diikutkan mereka boleh saja berhubung melalui panggilan telefon tak pun email. Rasanya tak perlu kot sampai ke pejabat?
“Tahu.” Redza ikut langkah Elena.
“Nak jumpa you.”
“Silap dengar ke ni? Otak you berfungsi lagi, kan?”
Hampir sebulan juga tak jumpa Mr.Red ni. Pertemuaan beberapa hari lepas boleh dikategorikan came back pertama dari Redza dan juga dirinya. Awkward jangan cakaplah. Sepanjang dia berada di bilik mesyuarat El hanya mengunci mulut. Pandangan Redza yang sekejap-sekejap singgah pada wajahnya sungguh buat dia tak selesa!
Redza ikut langkah El hingga ke lif.
“Otak I berfungsi lagi. Lama tak jumpa you. Tak sangka pulak kerja kat sini. Kalau I tahu.. Dari awal dah datang sini kacau you..”
El pekakkan telinga. Malas nak ringan mulut jawap soalan Redza yang nampak sangat tak nampak kat mana pun point sebenar lelaki ini ke sini. Jelas nada suara Redza kedengaran sinis. Aku tak kerja dengan Kak long sebab tak nak hadap muka kaulah!
“Okay.. I jujur. I tadi baru lepas pergi jumpa client kat area sini. Lepastu, I teringat what happen between us beberapa bulan lepas. I tak sempat nak tebus salah I. So, lunch?”
Ayat berabur sungguh! Redza kutuk diri-sendiri. Jantung berdegup sekencang enjin kapal terbang. Tapi dia tetap gagahkan jua. Dia cuma ada peluang ini saja untuk mendekati gadis yang sudah lama hilang dari pandangan.
Nak terus reveal identiti diri yang sebenar nampak agak agresif pula.
Lambat pula lif ni! El hentak kaki perlahan. Kalau boleh nak cepat-cepat pergi dari sini. Hari ni dia minta pulang awal. Dah lama sangat dia tak luang masa dengan sahabat tercinta. Sekali-sekala nak juga dia hargai orang yang dah menjaga makan dan pakainya.
“So?” Soal Redza sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam lif.
Dan lif mula bergerak turun.
“Macam mana nak cakap ya? sebelum ni pun I dah pernah cakap kat you. Level you dan level I. And one more, I tak keluar dengan orang yang I tak kenal.”
“Jadi, apa kata kita keluar dan lepas tu kenal-kenal. I'm pretty sure you will like me. Alaa .. come on El.”
Laaa dah siap panggil kita punya nick name dah? Kak longlah ni mengajar budak ni.
El jeling jam di tangan kanan. Berat sungguh hati nak terima pelawaan Redza. Lagipun, dari awal dia memang tak suka dengan Redza. Sorrylah... Elena Sofea kalau dah tak suka tu, tetap tak suka.
“Baik you ajak your parent keluar makan dari you ajak orang yang bukan sesiapa ni. Daa..”
El siap lambai tangan sebaik sahaja pintu lif terbuka luas.
Redza sekadar hantar langkah El dengan senyuman nipisnya.
El mencengkak pinggang siap dengan dada mula berombak saat melihat BMW merah cantik tersegam indah menghalang laluan keretanya. Kali pertama mungkin dia anggap si empunya kereta tidak sengaja atau memang ada emergency. Tapi ini kali kedua dan dia langsung tak nampak kat mana emergencynya.
Dia toleh ke belakang sebaik sahaja mendengar langkah seseorang yang mula mendekat. Senyuman manis yang terukir diwajah Redza terus buat El tarik muka masam.
Pertama kali jumpa Elena tak nak masukkan Redza dalam kategori lelaki seperti apa. Lagak dan gaya nampak terlalu kaku. Kali kedua jumpa lagaknya nampak bersahaja dan ini kali ketiga dan nampaknya dah makin berani.
“Lunch?” Redza mencuba lagi. Usaha selagi mampu. Lagipun, dia memang sengaja saja parkir double dibelakang kereta wanita itu. Tak dapat cara baik kita buat cara paksa. Hahaha!
“Alih kereta you sekarang!” Elena sudah hilang sabar.
“Tak nak.” Redza tayang muka selamba. El dah mula naik hantu. Basement sunyi. Tolonglah jangan naikkan dara. Mahu ada pertumpahan darah kat sini.
“Teman I lunch tu je.. Bukan susah sangat pun.”
“I tak nak. Tak faham bahasa ke?”
“Ini pasal level ke sampai you susah nak terima pelawaan I? Okey.. kalau I cakap yang I anak Tan Sri dan Puan Sri, you nak ikut I lunch? Ke you nak I bagitahu you yang Putra Holding ni sebenarnya milik I.”
Dia angkat kening. Dalam diam Redza cuba untuk memahami sikap dan tidak balas wanita dihadapanya itu. Kenapa sikapnya begitu jauh dengan Elena Sofea yang pernah dia kenali dahulu? Elena Sofea yang sekarang nampak terlalu jauh berbeza jika di nilai dari luaran. Apa yang jadi pada you, El?
“Of course bukan you punya! And I tak kisahlah anak Tan Sri ke Puan Sri ke! Kalau you tak nak kereta merah menyala you ni hancur. Baik alihkan. Now!”
Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Nak tengok aku punya gila? Mari sini. Orang dah cakap tak na maksudnya tak naklah! Kisah apa aku yang kau anak Tan sri dan Puan Sri pun! Mari aku tunjuk siapa anak Ahmad ni.
Eh?! Dahi berkerut. Enjin cuba dihidupkan sekali lagi.
Alaa! dah kenapa dengan kereta ni. Kau jangan buat hal time-time macam ni! Peluh di dahi disekatnya masih jua mencuba.
Dan untuk ke sekian kali enjin kereta masih tetap tidak berfungsi.
Tok tok! Cermin kanan diketuk dari luar. Dia angkat muka masam pada Redza. Cermin kereta diturunkan tapi masih tidak toleh pada wajah Redza.
“Kenapa?”
“Tak nampak? Ke buta?” Redza sorok senyum kecilnya.
“Sini I tengokkan..”
“Takpelah.”
“ Jangan risaulah.. I ikhlas ni..” Dia memujuk.
Akhirnya, El akur. Dia melangkah keluar dari kereta.
“Hm.. patutlah. Dah berapa lama tak servis ni?”
Soalan Redza tidak dia endahkan terus telefon bimbit dikeluarkan. Masa sekarang ini cuma nama Iman sahaja yang bermain difikiran. Malas dia lama-lama disini. Baik suruh Iman datang jemput dan nanti pandai-pandailah suruh mekanik datang tengok kereta.
Basement nampak sunyi pula. Waktu macam ni semua sedang sibuk bekerja. Hanya dia dan Redza yang terdampar di basement.
Kereta Honda Civic miliknya ini dah lama sangat. Hadiah Kak long waktu dia masuk Universiti. Nak minta kak long hadiahkan lagi satu kereta melampau sangat. Kalau dulu boleh la merengek minta itu dan ini. Tapi bila dah makin besar ni, makin segan nak minta apa-apa dari Kak long melainkan jika sesuatu itu sangat penting.
Haih pergi mana pulak dia ni? Elena dengus kasar seraya peluh di dahi dikesatnya. Baru terasa membahang berada di basement ini. Lagi bertambah membahang bila Redza keluar dari kereta dan berdiri rapat disebelahnya.
“I hantar you balik. Kereta ni nanti I suruh mekanik I datang tengok.”
“Housemate I datang pick up.” Elena tak angkat muka. Mata masih sibuk pada telefon bimbitt di tangan. Nombor Iman di dailnya untuk kesekian kali.
Redza rampas telefon bimbit El dan terus dibawanya lari ke arah keretanya.
“Hei! Redza!”
El dah mula menyinga. Sumpah! Tak ada mood langsung nak layan si Redza ni. Langkah diayun laju mendapatkan Redza yang sudah berdiri pada bahagian pemandu.
“Bak phone!” Redza sengaja buat pekak.
“Bagi sini!”
Tangan diangkat tinggi cuba untuk mencapai telefon bimbitnya yang sudah keawangan-awangan bersama irama langkah lelaki itu. Redza tinggi lampai nak dilawannya? Memang kalahlah ceritanya. Dia tinggi pun tak berapa sangat kalau nak dibandingkan dengan lelaki ini.
“I hantar you. Jangan degil. You tu adik boss I . Anything happen I kena tolong.”
“I ada cakap I perlukan bantuan you ke? Tak adakan? Bak sini phone....” El tampar kasar lengan Redza beberapa. Redza tersengih. Suka pula tengok pipi merah Elena yang panas sedang kepanasan.
Tak sempat Elena habiskan kata-kata. Dengan laju Redza pegang kedua bahunya dan serta-merta El tersandar ke pintu kereta. Mata bertentang mata. El tergamam buat beberapa saat. Senyuman manis Redza menjadi santapan mata. Deras nafas Redza menjadi penghubung sebuah rasa.
Redza pandang wajah kaku Elena. Perlahan jari-jemari menyelak lembut rambut yang menutupi wajah El.
“Jangan degil. I just nak make sure you selamat sampai rumah. Itu je.. Okey? Hm..” Laju dia tolak kasar badan Redza apabila wajah lelaki dihadapan makin dekat pada wajah.
“I tak nak makan budi. Jadi, I tak anggap ni sejenis bantuan.” Redza ukir senyum manis.
“I tak kisah. Dah jom?” Cepat-cepat dia bukakan pintu buat Si permaisuri yang nampak sudah berubah wajah separuh pucat. Hilang terus aura harimau dia.
Kereta mula bergerak meninggalkan tempat kejadian. Bagi El ini sungguh-sungguh memalangkan. Kereta rosak dan terpaksa pula naik satu kereta dengan Emir Redza. Jatuh saham sungguh!
Konon level kita tak sama. Tapi akhirnya, kereta BMW yang selama ini disumpahnya tapi kereta ini juga yang ditumpangnya. Ikutkan boleh saja dia ambil Uber atau Grabcar tapi Encik Emir Redza ini pastilah bukan calang-calang manusia yang akan melepaskan dia pulang seorang diri.
“El…”
“Elena Sofea. Orang tertentu je boleh panggil nama tu.”
“Tapi I dah biasa panggil you macam tu..”
“Sorry? Kita kenal pun tak. Borak pun jauhlah sekali. Dan you cakap you dah biasa?”
Redza berdehem perlahan. Mata masih fokus pada pemanduannya.
“Elena Sofea tu terlalu panjang untuk I. Kalau El itukan singkat dan makna pun mendalam.” El terus jeling mata ke atas. Muka dibuang keluar cermin.
“Tekak I rasa nak makan cendol durianlah pulak kita berhenti sekejap. “
Dah agak dah! Dia ni memang panjang akal la!
“Terus hantar I balik.”
“Sekejap je. I teringin sangat ni. Alang-alang kita dah ada kat area Kampung Baru.”
El dengus kasar. Kalaulah dia yang pandu kereta itu. Pasti dia dengan berani tolak permintaan Redza tapi sebabkan Redza yang pandu. Jangan Redza nak dengar apa yang dia cakap.
Kenapa dari tadi dia tak sedar yang bantuan Redza ni ada maksud yang tersirat.
Share this novel