PROLOG

Romance Series 681

?Elena sisip baju blouse lengan panjangnya hingga ke siku. Kasut tumit tinggi yang jenama Gucci ditanggalkan. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Rambut hadapannya yang menghalang pandanganya diselak ke belakang cuping telinga seraya kembali bergerak ke arah kereta Mini Copper biru miliknya. Hon ditekannya kasar hingga menarik perhatian beberapa pasang mata yang sedang berada di basement1 itu.

?Sebentar tadi, dua orang pengawal yang menjaga parkir sudah siap di ‘maki’nya kerana langsung tidak ambil perhatian pada pemandu yang suka hati meletakkan kenderaan dikawasan yang tidak sepatutnya hingga menyusahkan pihak lain.

Rambutnya yang tadi cantik dilepaskan hingga melepasi bawah dada kini diikatnya tinggi. Dahi sudah mula berpeluh disebabkan haba panas di basement1 ini. Make up jangan cakaplah. Dah cair dah ni. Nasiblah dia bukan sejenis yang ‘mengamalkan’ solekan yang tebal. Cukup sekadar tepek bedak sikit, alis mata dan pelembap bibir.

Mata melilau mencari gerangan si pemilik kereta BMW merah keluaran terbaru siap tentera nombor plat baru. Kereta mahal buatlah perangai ‘mahal’ sikit! Elena tendang kasar tayar kereta BMW penuh geram.

Auchh! Auchh! Auuuu! Bibir diketap menahan sakit.

Terjungkit kakinya menahan sakit dek tendangan kuatnya. Marah punya pasal sampai lupa yang dia sedang berkaki ayam. Hujung ibu jari kaki kanannya dipegang menahan sakit.

Apa malang sangat hidup aku hari ni?!

“Maaf-maaf.” Laju Elena angkat muka dan toleh ke belakang.

“Punya banyak parking kat sini belakang kereta aku jugak kau nak parkir. Tak tahu ke orang lain ada kerja? Orang lain pun sibuk! Hey kau dengar tak?!” Suara El nyaring hingga bergema satu basement.

“Saya parking tak sampai 5minit. Tak akan Cik tak boleh tunggu sekejap.” Si lelaki berbaju pejabat berani menjawap.

“Dah tu orang lain tak ada emergency? Kau ingat kau pakai BMW merah menyala macam ni kau boleh sesuka hati parking kereta? Hello Mr.Red? Where is your manner, hah?!” Nada suaranya kali ini agak membingitkan hingga lelaki dihadapan terpaksa pejam mata menahan suara nyaringnya

El masih tak puas hati. Dia tetap mahu bersuara. Dia langsung tidak endahkan mata-mata yang menjadi penonton tegar. Dia tak kisah, nak jadi apa jadilah. Dia dah tak fikir yang adegan ini akan menjadi santapan ‘rakyat jelata’.

“My bad I’m so sorry..” Si lelaki siap membongkokkan badannya sedikit gaya memberi hormat pada El yang sudah panas hati.

Dia ketap gigi. Ini dah boleh dikategorikan provokasi!

Kasut tumit tinggi yang masih dipegangnya terus diangkat dan melangkah ke arah BMW merah buat Akak marah!

“No! No!”

“Pleasee no..” Si pemilik kereta mengejar langkah Elena yang seperti sudah kerasukan syaiton dari planet astronowirana.

Ini BMW kesayangan tolonglah jangan cederakan. Sumpah! Menyesal bawa si BMW hari ini. Kalau dia tahu ini akan terjadi baik dia pandu si Myvi kuning. Jadi, tak adalah sakit sangat kalau di ‘cederakan’ pun.

?“No! El!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience