Angel 01

Drama Series 3074

MALAM itu gadis itu berlari di dalam hujan yang lebat menuju ke sebuah lorong untuk berteduh. Dia menyorok di celah-celah kotak itu untuk menahan rasa sejuknya.

Hujan yang sudah lama turun kini mula reda dan gadis itu pun sudah tertidur pulas. Apabila terasa sentuhan hangat di pipinya perlahan-lahan gadis itu membuka matanya memandang tuan punya tangan.

"Hey bangun, kau nak mati ke duduk di sini?" satu suara mengejutkannya.

Melihat gadis itu tidak membalas, tubuh kecil itu diangkat "tolong." hanya itu sahaja yang keluar dari mulut gadis itu.

***

Perlahan-lahan dia membuka mata, melihat ruangan yang sedikit gelap itu membuatkan dahi gadis itu berkerut. Sekarang satu soalan muncul di benak fikirannya 'di manakah dia sekarang?'.

Kreek

Pintu dibuka perlahan, laju gadis itu pura-pura tidur. Bulu romanya tegak apabila terdengar bunyi tapak kaki datang ke arahnya.

"Aku tahu kau dah bangun." gadis itu membuka matanya memandang lelaki yang kini sudah berdiri di hadapannya.

Satu beg plastik dihulurkan ke gadis itu.

"Kau tak nak makan ke?" soal lelaki itu apabila gadis itu tidak mengambil plastik tersebut.

"Kau siapa?"

"Meor, kau Aira kan?" perlahan-lahan gadis itu mengangguk.

"Macam-"

"Makanlah...nanti tak makan sakit pula kau." segaris senyuman diukir ke Aira sebelum dia keluar dari bilik itu.

Aira memandang sekeliling bilik itu yang gelap, gila betul lelaki itu, tak kan lah dia nak suruh makan dalam gelap? Nak buka tingkap, tingkap pun sudah di tutup dengan papan. Rasa macam kena culik pula. Tapi kalau kena culik tak akanlah dia baik hati sampai nak bagi makan pula kan?

Siapa lelaki tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience