Angel 08

Drama Series 3074

Perlahan-lahan gadis itu menuruni anak tangga sambil anak mata galak memandang sekeliling.

"Kau nak pergi mana?" satu suara menyergahnya membuatkan langkah gadis itu terhenti, dia menoleh sebelum mengukir senyuman, leher yang tidak gatal itu digaru.

"Tandas kat mana?" mendengar soalan Aira, Meor pun tergelak kecil lalu memberi tatapan dingin dan sinisnya itu.

"Cari tandas ke pintu keluar?" soal Meor tersenyum miring membuatkan Aira terkelu sebentar. "Masuk bilik balik." arah lelaki itu, Aira hanya menuruti tanpa membantah.

"Kau pasti tak nak apa-apa?" tanya Meor, Aira terus menoleh berlari ke arah lelaki itu semula.

"Kau nak keluar pergi kedai ke? Nak ikut?" minta gadis itu "Tak boleh." balas Meor tidak membenarkan, "Alah boleh lah awak..." rayu Aira beserta mukanya yang acah comel itu.

"Aku akan bawa kau, tapi dengan syarat pakai mask and jangan cuba nak lari." kata Meor mendapat anggukan laju dari gadis itu.

"Penutup muka di mana?"

"Atas kabinet sana, pergi ambil cepat."

***

"Meor, kau buat rumah dalam hutan ni tak de binatang ganas atau makhluk halus?" tanya Aira tidak lepas dari memandang pemandangan keluar tingkap yang kiri kanan penuh dengan pokok "Ada je binatang buas, sebab tu aku tak nak bagi kau keluar." Aira diam tidak membalas kerana terlalu ralik melihat pokok-pokok itu.

-

Tiba sahaja di hadapan sebuah kedai, kereta milik Meor itu di parking elok di tempat parking kereta.

"Kau tunggu sini, jangan cuba nak lari pula." pesan lelaki itu.

"Okay, eh kejap, kau janganlah tutup penghawa dingin tu, kau nak bagi aku mati dalam kereta ni ke?" mendengar itu, lelaki itu hanya menurut saja.

"Kau nak apa-apa tak?"
"Erm beli je lah apa-apa."

Melihat Meor yang sudah masuk ke dalam kedai serbaneka itu, gadis itu terus tersenyum nakal lalu membuka pintu. Aira memang bijak!

Turun sahaja dari kereta namanya terus dijerit oleh seseorang yang sangat dikenalinya.

"Mak cik?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience