Angel 04

Drama Series 3074

"Untuk?"
"Call adik aku, aku boleh minta tolong dia dan aku pun tak perlu menyusahkan kau lagi." kata Aira dengan segaris senyuman.

"Tak boleh, dah jom aku bawakan kau masuk bilik."

----------

Pintu itu diketuk dengan kuat oleh seorang lelaki yang tak de akhlak, salam tak de terjerit-jerit.

Kerana suaranya yang kuat itu akhirnya pintu terbuka "Kau dah kenapa ni? Terjerit-jerit." kata Kai tatkala membuka pintu.

"Kakak aku hilang! Dia kena culik dengan makcik tak sedar diri tu! Tolonglah aku carikan dia." bergoncang terus otak Kai apabila Ray menggoncangkan tubuhnya.

"Ish sabar lah, untuk apa mak kau tu nak culik kakak kau? Bukannya boleh dapat duit pun."

"Aku dah banyak kali cakap kat kau, jangan sesekali sebut dia tu mak aku! Dia bukan mak aku lah! Lagipun kau tahukan orang tua tu macam mana? Dia sanggup buat apa je asalkan dia dapat duit. Kali ni dia nak kahwinkan akak aku dengan jantan mana pun kitorang tak tahu, akak aku tu baru 18 tahun, tak ke kejam tu?! Dia belum lagi nak menikmati masa muda dia tiba-tiba je dah nak jadi isteri orang!" bebel Ray dah macam makcik jiran sebelah.

"Dah tu kau nak suruh aku buat apa sekarang?"

"Lapor kat polis." membulat terus mata Kai memandang Ray si pendek dengan penuh tidak percaya.

"Aku akan lapor kat polis yang orang tua tu culik akak aku." kata Ray penuh yakin, entah kat manalah dia beli keyakinan tu.

"Suka hati je kau tuduh makcik kau, mana tahu akak kau lari sebab tak nak kahwin dengan lelaki tu, cuba kau siasat dulu tak pun kau cuba tanya makcik kau tu dulu..." kata Kai memberi cadangan daripada setuju idea gila Ray.

"Hurf tak nak lah, aku memang dah tekad tak nak cakap dengan orang tua tu dan tak nak tengok dah muka dia!"

"Eleh, kau pun duduk serumah dengan dia kan?"

"Tsk, aku dah pindah duduk rumah nenek aku lah." kata Ray bangga. Bangga lah tu jadi bodoh? Serabut terus lelaki itu dengan perangai Ray yang tak reti fikir sebelum bertindak, nak je dia keluarkan otak si Ray tu lempar dalam sungai!

"Lupakan apa yang kau tekad tu dan jom tanya makcik kau."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience