Angel 10

Drama Series 3074

Rasa sakit di lengannya akibat dicakar oleh Zafran tadi diabaikan, sekarang dia akan fokus mencari gadis itu, dia tidak akan biarkan lelaki yang bernama Zafran itu berjumpa dengan gadisnya itu, itulah janjinya.

Dia tidak akan biarkan sesiapa dapat gadis bernama Aira itu, kerana Aira adalah miliknya, ya hanya miliknya seorang!

Telefonnya yang berada di sebelah berbunyi di abaikan, tak de jalan lain, dia akan pergi juga ke rumah Ray, dia yakin gadis itu pasti lari ke sana.

Kini keretanya berhenti tepat di hadapan perkarangan rumah itu, keluar sahaja dia langsung di sapa oleh seorang lelaki yang sangat dikenalinya.

"Syukurlah kau kat sini, mana akak?" soal Ray membuatkan lelaki itu berkerut, akak? Ah maksud dia Aira. Meor hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

"Bukan kau ke yang bawa dia pergi?" Meor diam tidak membalas cuba memikirkan jawapan manakala Kai pula sudah syak Meor.

"Haah aku bawa dia pulang rumah parents aku, sebab dia macam tak sihat, mana kau tahu?" soal Meor pula.

"Nanti kitorang bagitahu, aku Kai, er so maknanya sekarang ni Aira ada di rumah parents kau ke?" tanya Kai mendapat gelengan dari lelaki itu, ha sudah, mana pula si Aira ni?

"Dah tu dia pergi mana?" tanya Ray yang sudah mula risau dengan kakak kesayangannya itu.

"Lah bukan dia balik ke sini ke?" tanya Meor pelik.

"Tak sebab tu aku tanya kau mana akak tadi." keluh Ray.

"Okay sekarang kita nak buat apa?" celah Kai menenangkan kedua manusia tersebut.

"Kita kena cari dia sebelum Zafran yang jumpa dia dulu." balas Meor tegas.

"Zafran? Kejap, macam mana kau boleh kenal lelaki tak guna tu?"

Makin kelaut pula cerita ni -_-!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience