Angel 05

Drama Series 3074

HAMPIR sahaja berlaku adengan bertumbuk di antara Ray dan ibu tirinya itu, nasiblah ada Kai yang menahan mereka berdua.

"Ah dasar orang tua tak sedar diri dah la tua kerepot! Kau tu dah lah culik akak aku lepas tu buat-buat tak tahu pula!" tengking Ray kasar membuatkan wanita itu berang. Age just number.

"Huh, jadi macam ni lah ye mak kau didik kau? Tak reti hormat orang tua?" bidas wanita itu.

"Ha sedar pula diri tu dah tua! Heh mak kau tu pula macam mana? Ah jadi macam ni lah ye mak kau ajar kau? Jadi gold digger sebab family kau terlalu miskin, huh kesian...heh kau ingat eh, aku tak akan hormat orang yang mulut longkang macam kau." pedas sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Ray, entah dari mana belajar pun tak tahu.

"Kau tu dah la miskin! Hodoh! Pendek! Penculik!Sedar lah diri sikit!" tambah Ray lagi.

"Haih sudah lah tu cukup!" celah Kai yang dah sakit telinga mendengar kedua-dua manusia ni menjerit.

"Sudah lah tu Ray, kalau kau berdebat dengan dia pun bukannya dapat apa-apa, lebih baik kita cari Aira sendiri." cadang Kai.

"Macam mana? Kita ni dah la manusia bodoh, nak buat apa je?" balas Ray.

"Kau je yang bodoh aku tak." balas Kai lalu mendekatkan dirinya dengan Ray.

"Aku kan boleh hack phone dia." bisik Kai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience