Angel 07

Drama Series 3074

"Kau kenal ke lelaki ni?" tanya Kai pelik.

"Ish kau ni! Gila tak kenal, dia tu jiran kitorang lah."

"Eh jiran kau? Jiran kau bukan ke makcik bawang holland tu?"

"Sebelah makcik tu lah."

"Dah tu sekarang kita dah tahu yang Meor culik akak kau, maknanya dia ada di rumah dia la kan?"

"Tak, sebelum aku bagitahu kau, aku pergi rumah Meor dulu, tapi tak de makhluk pun yang buka pintu."

"Entah-entah si Meor tu bawa akak kau kahwin lari." kata Kai membuat kesimpulan yang bodoh membuatkan kepalanya itu terus diketuk kuat oleh Ray.

"Kau jangan nak merepek."

"Ish sakit lah! Kau ada tak nombor Meor? Kalau ada cuba call dia, tapi jangan bagitahu pula yang kau tahu dia tu culik akak kau." arah Kai, kepalanya yang sedikit sakit itu digosok-gosok.

***

Gadis itu hanya berbaring sahaja di atas katil yang bersaiz king itu.

Dah rasa macam dalam penjara pula bisik gadis itu sambil melihat keluar jendela, pemandangan yang tak menarik langsung, yang dia nampak hanyalah pokok-pokok. Rumah ni macam dalam hutan pula.

"Kau lapar?" tanya Meor tatkala masuk ke dalam bilik itu, Aira yang tadinya baring terus duduk menghadap Meor.

"Tak...er Meor rumah kau ni dalam hutan ke?" tanya Aira yang ingin tahu.

"Entahlah, kau rasa." Meor melemparkan senyuman miringnya sebelum keluar dari bilik itu.

Seram. Tapi kenapa dia bawa aku ke sini? Jadi beban? Eh-

Gadis itu bangun berjalan menuju ke arah jendela.

"Ah tidak lah tinggi sangat." kata Aira memandang ke bawah. Alah macam bangunan dua tingkat aje, tak sia-sia dulu masa sekolah rendah pernah panjat pagar.

Gadis itu memandang seluruh ruang bilik itu mencari sesuatu yang boleh membantunya turun.

Eh kejap, apa guna ada pintu dan otak kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience