BAB 2

Romance Completed 2816

Lelaki kacak itu berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Rak kabinet dibuka perlahan-lahan, takut isterinya terdengar. Puas dia menggeledah setiap inci ruang di dapur namun langsung tiada makanan.

Stok-stok mi segera yang banyak itu juga telah lesap. Ruang dapur yang tadi pagi penuh berisi makanan segera hilang tidak meninggalkan kesan.

Irvin mengeluh kecil, perutnya yang lapar minta diisi. Sudah sehari suntuk dia tidak makan apa-apa kerana marah. Nombor kedai makanan segera yang sering membuat penghantaran ke rumahnya yang tergantung di peti sejuk sudah hilang dari tempatnya.

Ini pasti kerja isterinya, dahulu beberapa hari selepas bernikah,baju-baju berjenamanya menjadi mangsa, direndam dengan peluntur sehingga baju berwarna hitam bertukar putih.

Berbotol-botol peluntur isterinya beli demi menjahanamkan baju-baju kesayangannya. Setelah itu keretanya disimbah dengan cat hitam kerana dia rapat dengan seorang wanita yang cantik.

Kini, bekalan perutnya pula yang menjadi mangsa. Nampaknya kaum hawa tidak selemah apa yang disangka.

Xena yang berada di ruang tamu masih meratap nasib diri, dia ditampar oleh Irvin. Dahulu, ketika dia menjahanamkan baju-baju berjenama suaminya itu kerana mengharapkan dirinya diceraikan oleh suami pilihan keluarganya Irvin tetap bersabar.

Ketika dia menyimbah kereta Ferrari merah baharu suaminya itu kerana disangkakan Irvin mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang rupanya sakit jiwa. Tidak pula Irvin mengamuk.Tetapi, kini tiba-tiba sahaja jejaka itu mengamuk tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Tidak pernah dia dimarahi selama ini kerana hanya terlewat pulang. Mungkin Irvin sudah bosan dengan dirinya? Mungkinkah juga seorang doktor sakit jiwa boleh terjangkit penyakit mental pesakit-pesakit di situ? Hatinya berteka-teki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience