BAB 5

Romance Completed 2816

Tangan Xena ditarik Irvin sehingga terpeluk badan suaminya yang tegap itu. Mata mereka berdua bertaut.

“Maafkan abang, sayang.” pinta Irvin. Air mata jejaka itu hampir membasahi pipi. Bersalah kerana melukai isteri yang bagaikan nyawanya sendiri. Kesedihan wanita itu ialah kesedihannya. Namun, kini dialah orang yang paling menyakitinya.

“No, saya perlukan penjelasan and penjelasan awak menentukan kemaafan saya!” kata Xena tegas.

Nampaknya suaminya itu takut menceraikan dirinya kerana itulah suaminya itu tidak mengikuti permintaan yang muncul drastik daripada kotak pemikirannya itu.Dia tersenyum tanpa pengetahuan Irvin. Dia juga tidak mahu bercerai, tetapi kerana marah. Mulutnya mula melalut.

Irvin hanya tersenyum kecil lantas duduk di atas kerusi di ruang tamu. Tubuh isterinya diraih agar duduk bersebelahan dirinya. Xena masih memuncungkan bibirnya.

“Sebenarnya abang yang salah sebab tak tanya sayang dulu dan terus percayakan orang. Abang betul-betul ingat sayang ada hubungan dengan Taj. Puas Abang fikir. Tapi kesimpulan yang abang dapat ialah sayang memang ada hubungan dengan Taj. Lagipun, tu semua tak mustahil sebab sayang satu sekolah dengan dia dulu, and of courselah sayang selalu terserempak dengan dia.” jelas Irvin.

Xena hampir tertawa mendengar kesimpulan suaminya yang sering dianggap berfikir panjang dan berfikir waras, tetapi kini berfikir cetek tahap hampir kering kontang.

Nampaknya cemburu memang membutakan hati dan kewarasan akal manusia. Xena memeluk lengan suaminya.

“Abang, semua tu cerita dulu. Lagipun sayang bertepuk sebelah tangan je.” kata Xena perlahan, malu pula dia mengingati zaman dahulu ketika dia tergila-gilakan Taj yang telah berpunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience