Completed
2816
“Apa sayang, sayang? Kau ingat aku naklah maafkan kau lepas kau tampar aku? Memang taklah! Sekarang aku nak kau ceraikan aku!” Xena sudah menggila,tiada lagi gelaran ‘abang’ yang meniti di bibir wanita itu seperti selalu.
Baginya sekali seorang lelaki naik tangan pasti tidak mustahil lelaki itu bakal naik tangan lagi. Ini baru ditampar, bagaimana seandainya esok lusa dia dipukul. Entah-entah diterajang sehingga mati. Oh tidak,dia tidak mahu mati.
Irvin tersentak, ini pertama kali isterinya itu memohon cerai. Ini salahnya, ini kali pertama juga dia menampar Xena. Wajah Xena yang menyinga menggerunkan dirinya.
“Ding, dong” bunyi lonceng yang ditekan membuatkan pasangan suami isteri itu terdiam seketika.
“Sayang, ada tetamu. Ad rasa awak patut cuci muka.”
“Suka hati akulah.” Xena masih tidak mahu beralah. Namun, apabila dia terpandang biasan wajahnya di cermin, dirinya sendiri juga tekejut. Dia mengeluh kecil lantas berlalu ke tandas.
Hampir dua puluh minit berada di tandas, Xena muncul kembali. Wajah Olivia yang sedang menoleh ke arahnya hanya ditatap kosong.
“I balik dulu.” kata Olivia, sebenarnya dia segan bertentang mata dengan Xena kerana telah memburukkan nama baik gadis itu dan hampir merosakkan kebahagian Irvin dan Xena.
Dia yang salah kerana hanya mendengar separuh cerita dan terus mengambil keputusan untuk memberitahu kepada Irvin.
“Cepatnya Liv balik?” soal Xena dengan nada yang mendatar. Dia masih marah.
“Sayang yang lambat sangat!” kata Irvin dengan senyuman riang. Dia perlu memberikan penjelasan kepada Xena sebelum gadis itu mengamuk lagi. Penjelasan Olivia tadi menjernihkan hatinya yang keruh dipenuhi prasangka.
“Xena berlalu, dia merengus kasar. Dia malas melihat wajah Irvin yang langsung tiada reaksi bersalah. Hati batu kerikil betul suaminya itu.
Share this novel