Completed
2816
‘Pang,’ satu tamparan kuat yang hinggap di pipi Xena menyebabkan gadis itu hampir terhantuk ke bucu meja.
Air mata gadis itu hampir membasahi pipi. Kecewa. Itulah yang dia rasakan kini. Lelaki yang sentiasa menyayangi dan sering bersabar dengan sikapnya sanggup melayangkan penampar ke wajahnya.
Ini ialah kali pertama Irvin menampar wajahnya semenjak tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Dia benar-benar tidak menyangka bahawa kedinginan suaminya semenjak beberapa hari yang lalu berakhir dengan kesakitan di wajah dan hatinya.
Xena berdiri lantas berlari menuju ke bilik tidurnya sambil memegang pipinya yang memerah dan sedikit lebam. Namun, ia tetap tidak dapat menandingi kekecewaan di dalam hatinya. Dia bencikan Irvin.
Irvin tersentak kerana terkejut dengan tindakannya tadi. Ya ALLAH, dia telah menampar isteri kesayangannya sendiri. Ekor matanya hanya mampu memandang kelibat isterinya yang sedang memanjat anak tangga menuju ke tingkat dua.
Berita yang dibawa Olivia, rakan baik Xena meracuni pemikirannya. Dia takut andai perasaan cinta isterinya terhadap Taj masih bersisa dan hanya bersetuju bernikah dengan dirinya kerana ingin membalas dendam.
Dia keliru, ditambah lagi dengan keakraban Xena dan Taj membuatkan otaknya semakin meyakini ada sesuatu di sebalik pertalian adik beradik ipar yang menjadi status perhubungan antara Xena dan Taj.
IRVIN masih berjaga walaupun jam telah menunjukkan angka dua pagi. Dia menggosokkan matanya beberapa kali. Bunyi televisyen yang terpasang di ruang tamu membuatkan dia yakin bahawa Xena masih menonton televisyen.
Entah bila isterinya itu keluar dari bilik tetamu itu pun dia tidak pasti. Perutnya yang berbunyi minta diisi. Namun, dia yakin Xena pasti tidak akan memasak kerana masih merajuk dengan dirinya.
Share this novel