Completed
2816
Namun, pemikiran itu segera ditolak. Dia ialah peguam bela yang hebat, tidak mungkin alasan itu dapat diterima. Andai suaminya itu memberitahu bahawa jejaka itu terkena rasuk, sawan atau gila sementara. Dia tetap tidak akan percaya.
“Noooooooo.” Xena menangis lagi. Seandainya dicukat berapa liter air matanya membasahi bumi. Pasti sudah dapat mengisi baldi untuk dijadikan garam. Sudah berkotak-kotak tisu menjadi mangsa.
Sudah hampir semua potret suaminya yang berada di dalam rumah itu telah diconteng dengan pen dakwat kekal sebagai tanda tidak puas hati. Pasu bunga pemberian suaminya ketika bercuti di Jepun kini tidak lagi menjadi tempat meletakkan bunga. Tetapi menjadi pengganti tong sampah yang telah dipenuhi tisu.
“Padan muka.” kata Xena kala terpandang pasu itu. Dia memandang pula telefon bimbitnya, sudah berbagai-bagai sumpah seranah dihantar ke telefon bimbit suaminya melalui mesej.
Irvin yang bangun awal pagi setelah solat Subuh menuju ke arah keretanya. Dia ingin bertemu dengan Olivia untuk meminta penjelasan. Ketika melintasi ruang tamu, bulu romanya tiba-tiba seakan-akan berdiri.
Mata Irvin tertancap ke arah figura sesuatu yang amat menakutkan, bermata merah, dan berambut kerinting hampir menutupi sebahagian wajahnya.
Namun, Irvin dengan berani menghampiri figura itu.Tiba-tiba, figura itu merenung ke arahnya. Irvin naik seram. Apabila diamati wajah figura itu, rupanya itu ialah Xena, wajah wanita itu sungguh mengerikan. Xena yang senantiasa kemas dan anggun berubah 360 darjah.
Dengan bahagian bawah matanya yang hitam seperti panda, dengan hingus yang meleleh dan tahi mata yang banyak. Nampakya isterinya itu benar-benar terpukul dengan kejadian semalam.
“Apa sayang buat dekat sini?” soal Irvin perlahan. Usai solat Istikharah semalam dia mendapat panggilan daripada Taj yang berada di luar negara yang memberitahu bahawa dia ingin bernikah dengan wanita dari sana. Jadi tidak mungkin Taj masih mempunyai hubungan dengan Xena. Berita itu sedikit melegakan hatinya.
Share this novel