Completed
2816
Hari-hari bumbung kelas Taj ditenungnya setiap hari. Beribu pucuk surat diselitkan di motor besar Taj. Namun, akhirnya dia jatuh hati terhadap Irvin. Abang kepada Taj yang sering membawa vespa ke mana-mana sahaja.
“Ya? tak sangka isteri abang ni pun SS kan?” kata Irvin lantas mencubit pipi gebu isterinya.
“Maafkan abang.” kata Irvin perlahan di telinga Xena. Terbit rasa penyesalan di dalam hatinya kerana mengasari wanita yang seharusnya dilindungi.
“Maafkan sayang juga sebab makan semua stok mi segera supaya abang tak ada makanan.” kata Xena. Malu pula memikirkan sikapnya yang kebudak-budakkan.
“Betul tu. Sayang nanti tolong kemas ya semua ni.” pinta Irvin. Dia memandang sekeliling. Xena juga memandang sekeliling. Rumahnya seperti tongkang pecah.
Kotak tisu di atas televisyen dan mi segera pula memenuhi ruang di atas meja. Sah pengotor. Mujurlah suaminya itu bukan seorang yang baran memanjang. Sekiranya tidak, pasti sudah talak tiga yang jatuh terhadap dirinya.
Xena hanya mengangguk beberapa kali. Di dalam hati dia tidak pernah lupa bersyukur mempunyai suami sebaik Irvin walaupun kadangkala panas baran juga.
Namun, inilah lelaki yang dia harapkan bakal bersama dirinya di dunia dan di akhirat kelak. Lelaki yang pertama menerima sikap ‘kurang asam’ dan kebudak-budakkannya.
Semoga kebahagian ini senantiasa bersamanya walaupun tanpa kehadiran cahaya mata. Ya, Irvin juga lelaki yang menerima dirinya yang tidak mampu melahirkan cahaya mata tanpa sebarang syarat.
Dirinya yang serba kekurangan ini.
“Terima kasih abang.” kata Xena lantas memeluk suaminya itu.
Share this novel