BAB 1

Romance Completed 2643

Jika diberi pilihan antara cinta dan sayang, nescaya aku akan memilih menyayangi. Kerna sayang lebih kuat dari cinta. Cinta akan hilang tapi sayang tak akan hilang walau hati di kepung rasa benci. Kerana sayang hati yang marah boleh tenang. Jiwa yang resah boleh aman.

Sayang juga meluas. Aku mampu dan berhak menyayangi sesiapa saja tidak kira umur segala. Yang penting hati aku mahu atau tidak. Berlainan pula dengan cinta. Cinta mampu melalaikan manusia. Antara cintakan Allah dan cintakan makhluk, manusia akan lebih memilih cintakan manusia. Walaupun pada dasarnya mereka melafazkan cinta kepada Allah. Namun perbuatan mereka tidak seperti lidah yang melafazkan.

Tapi kesakitan akibat daripada rasa sayang amat perit berbanding cinta. Aku berkata berdasarkan apa yang jadi pada diri aku. Aku insan yang dilahirkan penuh dengan kasih sayang. Tidak pernah aku lokek dalam memberi tidak kira kaum sejenis aku atau berlainan jantina. Apa yang aku tahu aku ingin menyayangi untuk disayangi juga.

Entah di mana silapnya aku dalam percaturan hidup aku. Aku mengenali dia secara kebetulan. Mengenali dia hanyalah perkara biasa bagi aku. Bukan dia orang pertama yang hadir dalam lawak jenaka aku. Menumpang dalam kasih sayang aku. Di sinilah aku persoalkan, di mana silap aku dalam percaturan hidup aku ini?

Tapi hanya dia yang mampu mengetuk pintu hati aku. Entah mengapa dunia aku lebih indah dengan hadirnya dia. Lawak jenakanya menjadi teman siang aku. Senyumnya menjadi teman lenaku.

“Weii… kau ni dah kenapa? macam orang mati laki aje aku tengok. Monyok aje muka kau dari tadi. Naik jemu aku menengoknya,” Kutuk Mikael. Entah angin pusing mana yang mendatangi kawannya ni.

“Kau jemu ke tak, itu bukan masalah aku. Kalau kau tak nak tengok muka monyok aku, kau boleh blah!” sembur Aisya. Tajam mata dia memandang Mikael. Hari ini angin dia lintang pukang. Semua benda dirasakan menyakitkan hatinya. Dia nampak kecil saja yang ada depannya sekarang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience