BAB 5

Romance Completed 2643

Aku kerling dengan ekor mata pada Atirah. Kelihatan minah tu mencapai jam locengnya.

“Dah jam enam pagi. Jom wei, teman aku mandi,” ajak Atirah.

“Ok.”

Aku dan Atirah bersarapan sama dikantin. Hanya sarapan ringkas karipan dan milo suam saja. Mata aku mengintai kelibat Mikael mahupun Medina, namun keduanya tiada. Hampa.

Rasa rindu yang mula mengepung di dada membuatkan dia kelemasan. Lemas didaratan.

“Aisy, kau dengan Mikael ok ke?” aku memandang tepat muka Atirah dengan penuh tanda tanya. Apa mabuk minah ni tetiba tanya pasal aku dengan Mikael.

“Oklah. Kenapa?”

“Takdelah, aku nampak kau orang jarang bersama sekarang. Contoh sekarang, selalu pagi-pagi gini haramlah kau nak sarapan dengan aku. Tiap kali aku atau teman lain ajak berjuta alasan kau bagi…”

“Woooo… panjang pulak penjelasan kau.” Dengan kadar segera aku memotong percakapan Atirah. Malas mahu mendengar hakikat dan menjelaskan situasi.

“Dah laaa, jom ke dewan kuliah.” Aku mengemas buku-buku dan beg aku setelah dari jauh aku dapat lihat dua susuk tubuh yang amat aku kenali.

Aku perasan Atirah yang cepat-cepat menghabiskan teh tarik dia apabila melihat aku sudah mula meninggalkannya sendirian.

“Aisy.” Aku melajukan langkah kaki aku tanpa mempedulikan panggilan tu.

“Nur Fazrin Aisya!” kali ni langkah aku terhenti.

“Kau ni dah kenapa? aku panggil buat bodoh aje.”

“Takde apa. Aku dah lewat nak ke kelas,” aku beralasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience