BAB 8

Romance Completed 2643

“Allah. Kat mana?” Aku memegang kedua bahu gadis itu.

Bagaikan terhenti segala putaran pusat bumi tatkala berita itu singgah ditelinga aku. Baru sekejap tadi aku jumpa Mikael. Mustahil!

“Kat simpang depan universiti ni. Dekat pintu utama.” Aku terus berlari ke pintu utama UITM. Aku pecut sekuat hati aku. Apa yang ada dalam kepala aku tika ini, hanyalah Mikael.

Lima belas aku masa yang aku amnbil untuk sampai ke pintu utama. Aku berhenti dalam jarak lima langkah, kelihatan ramai orang sedang berkerumun. Debaran dihati hanya Allah saja yang tahu.

Bertapa aku mencuba mengumpul kekuatan yang masih tersisa.

Nafas yang tercungap aku stabilkan perlahan seiring langkah kaki yang kuhayun perlahan mendekati kerumunan itu. Aku meminta laluan. Mencelah dalam keramaian orang itu.

Aku terduduk. Terpaku melihat sekujur tubuh Mikael yang berlumuran darah itu. Air mata aku mengalir laju tanpa dipinta. Aku mendapatkan tubuh Mikael yang tidak bergerak itu.

“Mikael.” Aku mengoncang lembut bahu lelaki itu. Aku pangku kepala Mikael.

“Mikael. Bangun Mikael. Jangan tinggalkan aku. Aku sayangkan kau. Bangunlah! Kau dah janji tak akan tinggalkan. Akan sentiasa ada dengan aku.” Tanpa mempedulikan mata yang memandang aku merangkul kepala Mikael. Aku nanar.

“Weii! Panggil lah prof. Telefon ambulans!” aku menjerit. Kenapa semua orang hanya melihat?

“Medina ! telefon ambulan.” Aku menjerit kepada Medina pulak.

“Mikael. Aku belum sedia untuk lepaskan kau pergi. Aku… aku cintakan kau.”

“Haa? Kau cintakan aku? betul?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience