BAB 3

Romance Completed 2643

Dari kejauhan aku dengar suara Medina yang menjerit nama Mikael. Aku melepaskan keluhan berat. Langkah yang terhenti tadi aku hayun kembali ke dorm. Tika ini aku hanya nampak bantal.

Gila! jam tengah hari aku nampak bantal! Ini gara-gara hati yang sedang resah ini. Dek malas nak melayan resah baik aku anyam mata aku dengan mimpi indah dalam lena. Luputkan seketika perihal Mikael dan Medina.

Aku menghempaskan buku dan nota yang dikelek dari tadi atas meja belajarnya. Kenapa pula aku rasa nak marah? Takkan aku dah jatuh cinta dengan Mikael ? Mustahil! Aku hanya sayangkan dia. Tak akan lebih dari itu. Cinta hanya akan membuat aku membencinya suatu masa nanti.

Aku Cuma tidak mahu kehilangan sahabat baik aku. Semua yang aku rasa ini tiada kaitan dengan perasaan yang mendalam. Ya, aku yakin itu!

Dalam kemelut hatinya yang celaru, dia terlena. Lena yang panjang dan indah.

“Weii… Aisy! Bangunlah weii…” tidur mati sungguh minah ni!

Aku menggeliat. “Urghh!!! Kenapa?” mata aku masih terpejam rapat. Susah pula nak buka mata ni. Adoi!

“Woii…bangunla…”

“Apa?” aku mengeliat malas.

“Kau dah solat zohor ke belum ni? dah jam tiga petang wei!”

“Ya Allah!” aku terus bingkas bangun dari pembaringan. Mata yang ala-ala cina sepet tadi sudah meluas bak mata ikan kembung tu.

Aku nampak Atirah menggelengkan kepalanya. Dalam kelam kabut aku mencapai tuala dan terus ke bilik air.

Jam loceng mengaum kuat. Aku menenyeh mata aku yang masih terkatup rapat. Mulut yang menguap aku tutup dengan sebelah tangan lagi. Aku mencapai jam loceng yang masih galak berdering lalu aku matikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience