BAB 4

Romance Completed 2643

Dalam longlai aku bangkit. Seminit dua aku hanya duduk bersila atas katil. Mengikut sunnah Rasulullah. Bagi melancarkan dahulu peredaran darah, tidaklah nanti bila berdiri terasa pening.

Aku mengikat rambut yang mengerbang itu. Ini kalau tayang muka macam ni depan Atirah mahu pengsan minah tu.

Haish, dalam mamai pun boleh lagi kepala nakal aku berfungsi. Aku tersenyum sinis melihat tubuh Atirah yang enak diselubung dengan selimut hingga kepala.

“Atirah…” aku melunakkan suara aku. Memanggil nama teman sebilik aku dengan gemersik.

Tiada reaksi. Aku mencuba lagi. Kali ini aku berbisik ditelinga dia.

“Atirah…” aku mengulang nama itu beberapa kali barulah aku lihat reaksi dari Atirah.

“Siapa panggil nama aku ni? kacau aje. Aisy kau panggil aku ke?” aku menahan tawa yang hampir saja terhambur tika ini. Aku berdiri tegak depan Atirah yang masih berkelubung muka dengan selimut itu. Aku selerakan lagi rambut aku.

Sedang aku sedia untuk mengejutkan teman bilik aku tu, tika itulah Atirah menyelak kain selimut yang menutupi mukanya itu. Allah! Aku mengurut dada aku. Terduduk aku sekejap.

Muka Atirah yang putih melepak bertempek bedak sejuk mengalahkan hantu cina tu menakutkan aku.

Aku yang sepatutnya gempakan Atirah tapi sebaliknya aku pula yang kena. Adoi, itulah orang tua-tua pernah pesan. `Jangan pernah ada niat serong nanti terpalit batang hidung sendiri.’

“Woi! kau dah kenapa tiba-tiba duduk atas lantai? Dah pukul berapa ni?”

“Err… takde apa, saja aje. Entah, tak tahu aku pukul berapa.” Aku buat muka selamba bodoh aku bangun dari duduk tadi. Aku membetulkan rambut yang sengaja aku kusutkan tadi. Jangan harap aku nak mengaku rancangan yang tak jadi aku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience