BAB 9

Romance Completed 2643

Aku memandang Mikael yang sedang memandang aku dengan sengih yang melebar. Aku bingung. Gilakah aku? bukan tadi Mikael tidak sedar. Tapi sekarang…

“Betul kau cintakan aku?” soalan Mikael aku biarkan begitu saja. Aku memandang satu persatu muka yang berada diahadapan aku kini.

Mikael yang sudah duduk bersila berhadapan aku, aku lontarkan pandangan penuh persoalan. Sejujurnya aku belum mampu cernakan apa yang sedang terjadi.

“April fool!!!” mendengar semua orang ketawa setelah menyebut perkataan itu barulah aku sedar. Barulah aku faham.

“Kau… jahat!!!” aku memukul dada dan lengan Mikael.

“Hahahaha… dah kau susah sangat nak mengaku yang kau cintakan aku. Aku fikir ini saja jalan yang sesuai. Sempena April Fool tahun jadi kenangan terindah kita.”

“Bukan ke kau dengan Medina …” aku memandang Medina yang tersenyum kepada aku.

“Aku dan Medina, kenapa? kau ingat kita orang bercinta belakang kau?” Aku diam. Malu nak mengaku dengan kenyataan Mikael tadi.

“Sebelum tu aku nak tahu betul kau cintakan aku? sayangkan aku lebih dari sahabat? Kalau kau tak cinta aku nak melamar Medina jadi kekasih aku sekarang jugak.”

“Weii!!! Kau nak ni?” aku tunjukkan buku lima aku tepat dibatang hidungnya. Akhirnya kami sama-sama ketawa. Bersaksikan satu perempat pelajar kolej kisah persahabatan aku dan Mikael manjadi kisah cinta.

Dan sesungguhnya inilah April Fool yang tidak akan aku lupakan seumur hidup aku. Bulan yang menyatukan dua hati. Mengukuhkan ikatan sayang. Semoga ikatan yang tercipta ini berakhir hingga ke Jannah, insyaallah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience