BAB 11

Romance Completed 4089

“Raisa tul Ain Mohamad Zain.” Dia menyebut nama penuh aku.

“Saya.” Aku berbalas pandang dengan Mike Korie. Kecut sedikit hati aku bila bertentang mata dengannya. Segera aku menjatuhkan pandangan ke lantai cuba menghilangkan perasaan gelisah yang bertapak di hati.

“Mana awak menghilang?”

Tergamam aku seketika bila mendengar pertanyaan tersebut.

“Kenapa awak…er…bos cakap macam tu?’ Tersasul-sasul aku bertanya.

“Takkan awak dah lupa?” Mike Korie tersenyum dengan mata redupnya yang merenung tepat ke anak mata aku.

“Lupa?”

“Dah lama awak tak callsaya.”

“Aa?” Aku tersilap dengar ker?

“Saya tertunggu-tunggu panggilan awak. Saya rindu.”

Mata aku sudah mula berkaca-kaca. Jadi, selama ini dia memang tahu?

“Macam mana…macam mana awak..awak..?”

“Diana baca diari awak.”

Aku memejamkan mata. Oh! Diana .

“Selepas ini, awak tak akan cuba untuk melupakan saya, kan?”

Aku menatap mata redupnya yang sarat dengan rasa cinta dan rindu yang terpendam. Andai benar begitu.

“Sebab saya pernah berjanji andai kita bertemu semula, takkan pernah hilang lagi saya dalam hati awak.” Ujarnya bersungguh.

Sebak hatiku mendengarnya. Dan seperti waktu-waktu yang lalu, aku membiarkan diriku lemas dalam tatapan mata redupnya yang kali ini, dari mata itu aku dapat melihat cinta sebenar-benarnya cinta. Satu rasa yang dapat ku rungkai saat ini, aku wanita terbahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience