BAB 5

Romance Completed 4089

“Kenapa?”

Soalan Diana itu aku biarkan tidak berjawab kerana aku sendiri tidak tahu mengapa aku berkata begitu.

Hari ini adalah hari pertama peperiksaan STPM. Oleh kerana esok cuma ada kertas Sastera dan ianya bukan salah satu subjek yang aku ambil maka aku bercadang untuk menelefon Mike Korie. Walaupun Mike Korie bukan rakan sekelas aku, aku tahu dia juga sama seperti aku tidak mengambil mata pelajaran Sastera.

Malam itu aku singgah ke pondok telefon awam berdekatan dengan dewan makan. Nasib baik tidak ada sesiapa yang sedang menggunakan telefon awan tersebut ketika itu. Segera aku keluarkan kertas kecil yang tertulis nombor telefon rumah Mike Korie yang aku perolehi dari buku autograph milik salah seorang rakan sebilik aku. Kebetulan aku terjumpa ketika menyelak helaian buku tersebut untuk mencari ruang kosong bagi aku mencatatkan kata-kata dan menurunkan tanda-tangan.

“Siapa ni?” Suara Mike Korie menyapa membuatkan aku jadi gementar.

“Aa…” Aku tidak mampu berkata-kata. Rasa macam nak letak aje gagang telefon ketika itu.

“Hello? Kalau awak tak bercakap, saya akan letak telefon ni.” Suara Mike Korie kedengaran begitu lembut.

“Saya…”

“Ada pun. Siapa yang bercakap ni?”

“Rasanya tak perlulah awak tahu siapa.”

“Kenapa awak cakap begitu?”

“Aa..” Aku hilang kata-kata lagi.

“Kalau tak nak bagitahu tidak mengapa. Tapi, kenapa awak telefon saya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience