BAB 10

Romance Completed 4092

Namun bila difikir-fikirkan, bukankah aku memang mahu ianya berakhir di sini? Bukankah tujuan aku menelefon dia, agar aku boleh melupakan dia kelak? Aku cuma terkilan kerana tidak berkesempatan untuk memohon maaf kerana membuat dia tertanya-tanya.

Hari ini hari pertama aku bekerja di syarikat ini. Aku telah berjaya dalam temuduga yang aku hadiri sebulan yang lepas. Pihak syarikat memanggil aku semalam dan memberitahu yang aku boleh menjalankan tugas mulai hari ini.

“Awak ada kat sini?” Aku agak terkejut bila bertembung dengan Mike Korie ketika memasuki ruang menunggu syarikat tersebut.

“Jadi, awaklah pekerja baru tu?” tanya Mike Korie.

Aku mengangguk sedikit berdebar. Hampir setahun tidak bertemu, hati aku masih begitu. Tidak pernah sepenuhnya melupakan dia.

“Okey, nanti saya jumpa awak,” katanya sebelum melangkah pergi dan meninggalkan aku seorang diri.

Aku menghela nafas panjang sebab hati aku sudah mula kucar-kacir bila memikirkan yang aku akan bekerja dengan Mike Korie dalam syarikat yang sama.

“Raisa tul Ain, pengurus panggil awak masuk bilik.” Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara penyambut tetamu.

“Silakan. Mari ikut saya.” Murni nama gadis penyambut tetamu itu. Aku menurut saja langkah kakinya hingga tiba di bilik pejabat yang tertera perkataan pengurus pada muka pintunya. Murni mengetuk pintu.

“Masuk.”

“Silakan duduk.”

Bagai nak luruh jantung aku bila melihat Mike Korie yang berada dalam bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience