BAB 3

Romance Completed 4092

Beberapa kali juga aku meneguk air liur menahan rasa dahaga, rasa tidak mampu untuk minum kerana bimbang air dalam gelas itu pula yang tumpah. Sepanjang masa itu, aku lebih banyak menunduk dan cuma sesekali mengangkat muka. Aku cuba seboleh-bolehnya tidak memandang wajah Mike Korie. Takut untuk bertentang mata dengannya.

“KORIE! Korie!” panggil Fatima ketika terlihat kelibat Mike Korie yang sedang menapak menuju pintu keluar dewan tersebut.

“Boleh kita ambil gambar bersama?” tanya Fatima .

Aku kerling Fatima . Biar betul? Apa motifnya?

“Boleh apa salahnya,” balas Mike Korie.

“Raisa , tolong?” pinta Fatima .

Aku sekadar mengangguk setuju dengan rasa berat hati yang amat. Sambil itu aku membelek kamera di tangan cuba-cuba untuk tidak perasan akan kehadiran Mike Korie. Walaupun terasa sukar sangat.

Cepat-cepat Fatima menarik lengan baju yang dipakai Mike Korie lalu berdiri di hadapan pentas yang sudah dihias cantik sempena malam kebudayaan dan kesenian sekolah.

Mereka sedang membetulkan duduk pakaian ketika aku mengangkat kamera bersedia untuk menangkap gambar.

“Ready?” tanya aku.

Fatima mengangguk sambil tersenyum. Tiba-tiba aku terhenti seketika ketika hendak menekan butang kamera. Jantung aku bagai berhenti berdegup bila terlihat akan pandangan mata Mike Korie yang sendu itu. Betul-betul menikam kalbu. Tersentak sedikit aku. Kenapa dia pandang aku begitu? Tidak pernah hati aku jadi begini gemuruh. Tangan aku jadi sedikit menggeletar. Sabar! Sabar! Itu perasaan kau saja! Nasib baik aku mampu menahan gelodak yang menguasai hati dan perasaan aku ketika ini. Kalau tidak, habislah kamera milik Fatima itu jatuh berkecaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience