BAB 4

Romance Completed 4092

“Korang tak nak tangkap gambar bersama ke?” tanya Fatima .

Mike Korie pandang aku. Hati aku kembali berkocakan hebat dengan pandangan lembut dari mata redupnya yang memukau. Aku terkaku sebentar, tidak mampu bersuara.

“Boleh.” Mike Korie memberi persetujuan tanpa menunggu jawapan daripada aku.

Aku? Entahlah, sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.

Aku menangis teresak-esak di atas riba Diana , rakan sebilik aku. Ketika itu kami sedang menghadapi peperiksaan STPM.

“Inilah pertama kali aku lihat orang menangis sebab dia dah jatuh suka kat seseorang,” kata Diana sambil membelai rambut aku.

“Aku nak buat macam mana ni Diana ? Aku suka sangat-sangat kat dia.” Dalam sedu-sedan aku mengadu.

“Siapa orangnya? Macam mana kau boleh suka kat dia?”

Bagaimana harus aku jawab pertanyaan itu? Aku sendiri tidak tahu kenapa aku boleh jadi begini. Mungkin kerana renungan mata redupitu. Yang seolah-olah menyatakan bahawa ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya pandangan matanya itu. Membuatkan aku ingin tahu. Sangat-sangat ingin tahu.

“Aduhai, kawan aku. Kita sedang ambil exam ni. Kalau kau fail exam ni, aku akan cari mamat yang buat kau macam ni hingga ke lubang cacing.”

“Dia tak ada buat apa pun, dia tak tahu pun aku suka kat dia.” Jawab aku sambil mengesat air mata yang belum mahu berhenti mengalir. Tak mungkin akan pernah.

“Habis yang kau menangis bagai nak rak ni kenapa?”

“Sebab aku rasa cinta aku ini tidak akan sampai ke mana.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience