BAB 5

Romance Completed 15049

Hampir seminggu Mazira berada di rumah akak Fira. Mujur juga akak Fira dan suaminya benarkan. Pengajiannya juga tidak tertangguh buat masa ini kerana cuti semester.

Setelah berfikir dengan dalam, Mazira membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Dia ingin melawat ayahnya. Walau apa pun ayah itu tetap ayah kandungnya.

“akak Fira balik lah. Tak usah temankan Zira sampai dalam rumah lah.” Pinta Mazira setelah berdiri di luar rumahnya.

“tak mengapa ke ni. Akak risau la. Biarlah Faizul temankan ya.” Ujar akak Fira.

“tapi…”

“tak apa. Biar saya temankan.” Kata Faizul lalu keluar dari kereta.

Mazira tidak mampu menghalang lagi. Bukan apa, dia takut dia akan betul-betul jatuh cinta akan Faizul. Dia takut kalau perasaannya dipermainkan lagi.

Tatkala mereka sampai di depan pintu rumah, Zira mengetuk pintu.
Tetapi tiada sahutan. Zira memulas tombol pintu. Ternyata tidak berkunci.

“ke mana semua orang pergi…” ujar Faizul. Mazira menggeleng tanda tidak tahu.

Masuk saja ke dalam rumah, keadaannya bersepah sekali. Entah apa yang telah berlaku.

“ayah!!!” laung Mazira sambil melihat keadaan sekeliling.

“ayah!!” laung Zira sekali lagi. Masih tiada sahutan.

“kita naik atas?” Faizul berikan cadangan. Mazira mengangguk tanda setuju. Mereka pun naik perlahan-lahan ke tingkat atas.

“ayah!! Di mana ayah berada.” Panggil Zira lagi. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi kaca pecah.

“arah sana.” Tunjuk Faizul. Pantas mereka bergerak ke situ.

“Ya Allah. Ayah.” Mazira terkejut sekali dengan keadaan ayahnya itu.

“Zira…” panggil ayahnya. Sugul saja wajah ayahnya.

“ayah kenapa boleh jadi macam ni. Mana mak?” tanya Mazira sambil cuba memimpin ayahnya ke katil. Faizul yang melihat Zira susah untuk memimpin itu pantas menolong.

“dia telah pergi tinggalkan ayah keseorangan di sini. Semenjak lima hari yang lalu. Selepas Zira pergi dan tak balik-balik ke rumah. Mak mula geram dan bencikan ayah kerana rancangannya tidak menjadi. Jadi dia telah tinggalkan ayah.” Jelas ayahnya.

“Ya Allah. Sampai hati mak buat ayah macam tu. Zira minta maaf kerana sekarang baru balik.”

“tak. Ayah yang patut minta maaf kerana tampar kamu. Ayah sangat menyesal dengan perbuatan ayah kepada kamu.” Mazira mula menitiskan air mata. Pantas dia memeluk ayahnya.

“Zira janji yang Zira tidak akan tinggalkan ayah lagi seperti arwah ibu?” Mazira mengangguk.

“ya. Zira janji.” Faizul yang semenjak tadi melihat dan mendengar segala-galanya itu turut tersentuh. Walau bagaimanapun pergaduhan sesebuah keluarga itu pasti akan berbaik semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience