BAB 8

Romance Completed 15049

Mazira mencari-cari kelibat Faizul di stesen bas itu. Hampir lima minit dia berada di situ untuk mencari Faizul. Tapi hampa kerana masih tidak jumpa.

“Faizul!!!” laung Mazira dengan kuat sekali. Dia tidak hiraukan orang yang berada di sekelilingnya.

Sekarangnya adalah dia perlu mencari Faizul dalam ramai-ramai orang di stesen bas itu.
Faizul yang seperti dengar namanya di panggil menoleh ke belakang. Tiba-tiba dia ternampak Mazira seperti mencari orang. Pantas Faizul melangkah ke arah Mazira.

“Mazira…” panggil Faizul lembut. Mazira yang duduk keletihan itu berdiri apabila Faizul berada di depan matanya.

“apa awak buat di sini?” tanya Faizul.

“awak. Maafkan saya?” pohon Mazira.

“maaf? Tapi kenapa?” Faizul menjadi pelik.

“kerana sebelum ni saya tidak dapat berikan jawapan saya yang pasti. Tapi sekarang mungkin sebaliknya kerana awak meyakinkan saya.”

“maksud awak?”

“sebenarnya sebelum ini saya sudah jatuh hati dekat awak. Tapi saya nafikan semua itu kerana saya tidak layak bersama orang sebaik awak. Saya juga cuba lupakan awak tapi tak boleh. Sehinggalah awak sendiri meluahkan perasaan kepada saya. Jadi saya terkejut.” Jelas Zira.

Faizul terdiam sejenak.

“jadi selama ini saya tidak bertepuk sebelah tangan. Mazira, awak memang suka buat suspen la.” Ujar Faizul sambil tersenyum.

“jadi?”

“ jadi…. Saya terima.” Putus Faizul.

“ tapi awak terpaksa tunggu lebih kurang 3 tahun.”

“tidak apa. Saya sanggup tunggu. Lagipun saya juga mesti habiskan pengajian saya dulu. Jadi kita akan sama-sama ke menara gading.” Mazira sekarang boleh senyum bahagia.

“bila awak nak bertolak ke Selangor?” tanya Mazira.

“balik? Apa yang awak merepek ni. Kan saya dah beritahu awak yang saya akan balik beberapa hari lagi tapi bukan hari ini..”

“tapi akak Fira kata awak sudah nak bertolak hari ini.” Mazira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Faizul tertawa. “tak sangka awak telah ditipu oleh akak Fira.”

Mazira tertunduk malu. “tapi kenapa awak berada di sini?”

“saya ingin cari kawan. Tapi bagus juga akak tipu awak. Kalau tidak mungkin saya masih belum dapat tahu apa jawapan awak.” Faizul tersengih.

“awak jangan suka-suka kata dekat saya. Saya ikhlas taw. Kalau tidak saya tidak la kelam-kabut lari ke sini semata-mata nak cari awak. Mati-mati saya percaya awak sudah ingin pergi tinggalkan saya tanpa jawapan.”

Mazira memasamkan muka. Faizul berasa bersalah pula kata begitu kepada Mazira yang bersusah payah mencarinya.

“ok. Saya minta maaf. Saya tidak bermaksud kata begitu. Saya minta maaf ye?” pinta Faizul.

Mazira tersenyum lalu ketawa mengekek. Faizul bertambah pelik. Tadi merajuk sekarang ketawa pula.

“awak ni kenapa?”

“saya tak sangka awak percaya bulat-bulat. Tapi comel la muka awak macam tu.” Balas Mazira lalu tersenyum ke arah Faizul. Faizul tersengih. Tak sangka dia dikenakan balik.

“nanti jangan buat macam tu lagi. Kalau tidak saya yang merajuk.”

“ala-ala… saya balik dulu la. Dadada…” pantas Mazira lari daripada Faizul sambil tertawa.

“awak!!!” Faizul yang tertinggal itu terus mengejar Mazira.

Akhirnya Mazira dapat mencapai kebahagiaan yang diingini selama ini. Bersama orang yang sangat dia sayang dan cintai. Kini Mazira baru faham apa itu sebenarnya kasih sayang dan apa itu cinta sejati.

Dia berharap agar hidupnya sentiasa diberkati Allah dan bahagia di samping ayah dan Faizul.

Keluarga bahagia adalah keluarga yang sentiasa bersama apabila pada waktu susah atau senang.

Jangan sama sekali kita pernah berhenti untuk berusaha, sesulit mana pun ia pasti ada jalannya, yakin dan terus berdoa kerana kita ada perisan dan senjata itu lalu hadapi dengan sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience