BAB 7

Romance Completed 15049

Suasana di kedai butik akak Fira waktu itu amat sunyi. Lagipun masa bekerja belum bermula. Mazira mengambil keputusan untuk berjumpa dengan akak Fira bagi meluahkan perasaan.

“assalamualaikum akak Fira. Zira mengganggu ke?” tanya Zira.

“waalaikumussalam. Tak lah. Bagus juga Zira datang. Boleh temankan akak.” Balas akak Fira sambil tersenyum.

“saya nak tahu pendapat akak. Jika ada seorang insan lelaki ini suka dekat seorang perempuan. Tapi perempuan ni masih belum mahu luahkan perasaannya dan ingin belajar terlebih dahulu. Dia juga ingin menyara keluarganya. Jadi apa yang perlu dilakukan oleh perempuan itu?”

Akak Fira tersenyum. “itu kamu kan?”

Mazira tersentak. Akhirnya dia mengangguk.

“akak tidak pandai dalam bab beri pendapat ni. Tapi Cuma satu akak pesan. Belajarlah rajin-rajin dahulu. Jika kamu ingin menerimanya , boleh tiada masalah. cuma kamu harus pandai membahagikan soal peribadi dan pelajaran. Cuba kamu tanya dia adakah dia sanggup tunggu kamu selama dua tahun? Akak tidak tahu nak kata apa tapi ikut la kata hati kamu. Ingat jangan menyesal di kemudian hari.”

“terima kasih akak. Sekarang Zira tahu apa yang patut Zira buat.” Luah Zira dengan yakin akan keputusannya.

“kamu ingin jumpa Faizul untuk meluahkan perasaan?” tanya akak Fira. Mazira mengangguk.

“Faizul yang beritahu akak kan?”

“hahaha… ye. Lebih baik kamu cepat. Dia dalam perjalanan pergi ke stesen bas. Katanya sudah ingin pulang ke Selangor.” Beritahu akak Fira.

“tapi dia kata beberapa hari lagi.”

“akak tak tahu pula yang itu. Sekarang kamu pergilah ke sana.”

“tapi Zira malu.” Akak Fira menggeleng.

“kamu tak usah malu. Kuatkan semangat kamu. Jika tidak kamu yang akan menyesal.”

“baiklah akak. Doakan Zira berjaya ye kak.” Akak Fira mengangguk lalu tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience