BAB 6

Romance Completed 15049

“Zira !! ada orang mahu jumpa.” Laung ayah Zira dari bawah. Mazira yang sedang belajar sedikit terganggu. “siapala yang nak jumpa ni.” Rungutnya lalu menyarungkan tudung.

Kini dia telah bertudung. Allah telah bukakan pintu hidayahnya untuk bertudung dan menjadi wanita solehah.

“siapa ayah?” tanya Zira .

“Faizul. Dia tunggu di luar.” Ujar ayahnya. Mazira tersentak.

Baru saja ingin melupakan faizul tapi dia telah muncul kembali. Mazira masih tidak meluahkan perasaannya kepada Faizul. Dia tahu dia langsung tidak layak untuk orang sebaik faizul.

Daun-daun berguguran itu dilihat sepi oleh Faizul.

“awak nak jumpa saya?” tegur Zira.

Faizul menoleh ke belakang dan melihat Mazira. Tapi sekarang Mazira nampak lain.

“kenapa? Terkejut? Saya masih belajar lagi untuk bertudung. Allah telah bukakan pintu hidayah untuk saya.” Jelas Mazira. Faizul tersenyum.

“saya terkejut dan saya gembira awak sudah lebih menuju ke jalan Allah.” Luah Faizul.
Mazira mengambil tempat di kerusi batu sebelah Faizul.

“awak nak jumpa saya untuk apa?” tanya Mazira lagi.

“saya nak beritahu awak sesuatu.” kata Faizul.

“apa?”

“saya sudah jatuh hati dekat awak.” Mazira terkedu.

“betul. Saya sudah jatuh cinta. Saya tahu awak tidak akan terima saya kerana muka saya seiras dengan Fiman. Tapi saya janji saya tidak akan lakukan perkara bodoh seperti Fiman itu yang tidak tahu menghargai awak dengan baik.”

“ tapi… mungkin awak jatuh hati kepada saya kerana simpati. Yala selama ini awak sudah tahu penderitaan saya bagaimana.” Mazira cuba menafikan perasaan itu.

Faizul menggeleng. “tidak. Tidak sesekali kerana simpati. Saya cintakan awak setulus hati saya.” Mazira terdiam.

“saya masih ingin belajar. Saya juga masih perlu menyara ayah saya.” Kata Mazira selepas diam seketika.

“itu saya tahu. Saya pun masih belajar juga. Tapi saya tidak halang awak. Lagipun saya akan tunggu awak sampailah awak terima cinta saya. Saya tahu awak juga ada perasaan sama seperti saya.” Ujar Faizul sambil menatap wajah Mazira.

Mazira tertunduk. Dia tidak dapat nafikan lagi perasaan yang terbuku di dalam hatinya itu.

“Mazira. Saya akan pulang ke Selangor tidak lama lagi. Jadi saya ingin sekali tahu jawapan awak sebelum saya pulang ke sana. Saya akan tunggu. Saya minta diri dulu.”

Mazira terkedu di situ. tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

“FAIZUL… bagaimana?” tanya akak Fira apabila Faizul pulang.

“entahlah. Dia belum beritahu apa keputusannya.” Balas Faizul lemah.

“sabarlah. Inilah cubaan untuk orang yang ingin menemui pasangannya.” pesan akak Fira.

“susah juga nak pikat hati perempuan ni.” Kata Faizul. Akak Fira tergelak dengan telatah adiknya.

“tahu pun.” Balas akak Fira lalu berlalu ke dapur.

Sambil-sambil Faizul menonton tv, tiba-tiba dia terdengar bunyi gelas pecah. Pantas FaIzul ke dapur.

“ya Allah. Akak kenapa ni?” Faizul mengutip kaca-kaca yang pecah tadi.

“akak tiba-tiba rasa pening.” Beritahu akak Fira.

“kita pergi klinik. Jom” ujar Faizul. Akak Fira menggeleng.

“tak usahlah.” Keras akak Fira. “tidak kira. Akak kena pergi hospital juga. Jom.” Belum sempat akak Fira membalas dia sudah diheret ke kereta.

Sampai saja di klinik dan membuat pendaftaran, mereka pun masuk.

Faizul menunggu akaknya yang sedang membuat pemeriksaan di luar. Selepas 10 minit menunggu, akak Fira pun keluar.

“macam mana akak?” tanya Faizul. Akak Fira kelihatan gembira sekali.

“akak sudah mengandung.” Luah akak Fira ceria.

“alhamdulillah. tahniah kak.” Ucap Faizul.

Akak fira mengangguk. Sekarang dia berasa bersyukur sekali dengan anugerah Tuhan ini. Pasti tidak akan disia-siakan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience