BAB 1

Romance Completed 15049

Bagiku, apa yang ku lalui sekarang ini bukan mudah, ia sangat-sangat sulit untuk aku terima, namun aku harus pasrah bukan kerana ia sudah ketentuanNYA.

Tapi apakah aku harus menerima saja tanpa harus mencuba? AKu fikir Tuhan pun benci dengan aku yang tak mahu berusaha ini.

Hujan yang makin lebat itu di biarkan membasahi tubuhnya. Habis baju dan rambutnya basah. Orang yang melihat juga tidak di pedulikan. Biarlah apa yang orang nak fikirkan. Kini Mazira kian menderita dengan kehidupannya.

“adik…adik tak apa-apa ke?” tegur seorang kakak.

Mazira menoleh.

“kakak. Tolong jangan pedulikan saya. Saya tidak layak diambil peduli.” Kata Mazira dalam sendunya.

“jangan macam ni dik. Mungkin orang yang dikeliling adik tidak pedulikan adik. Tapi Allah masih ada adik. Ingat Allah. Hanya itu saja tempat adik patut memohon dan meminta pertolongan.” Kata kakak itu sangat beerti buat Mazira.

Tiba-tiba dia teringat arwah ibunya yang selalu membimbing dan mendorongnya dulu.

“adik. Jom ikut akak.” Ajak kakak itu.

“tapi saya tidak kenal akak dan akak tidak kenal saya. Mana tahu saya ni orang yang tidak sesuai ditolong oleh orang yang baik seperti akak.”

“memang akak tidak kenal tapi kita semua makhluk Allah. Jadi kita sesama manusia di suruh saling bantu-membantu. Mari ikut akak.” Mazira menurut.

Kakak itu membawa Mazira masuk ke kedai butik baju kurung.

“Ana tolong ambilkan tuala.” Ana yang merupakan pembantu akak itu menurut.

“adik duduk dulu. Akak nak ambil baju salin untuk adik.” Ujarnya.
Mazira menggeleng.

“tak usahlah kak. Dan panggil saja saya Mazira.”

“ tak susahkan akak pun. Akak, Zira boleh panggil dengan akak Fira. Akak pergi dulu ya.” Akak Fira lantas masuk ke dalam meninggalkan Mazira seorang diri.

Muncul Ana lalu memberikan tuala kepada Mazira.

“awak ni siapa?” tanya Ana.

“saya Mazira.”

“saya Ariana. Zira boleh panggil Ana. Tapi tak apa kan saya panggil awak Zira.”

“tak apa. Lagipun saya lebih suka orang panggil saya dengan nama Zira saja. Boleh saya tanya sikit.”

“boleh.” Mazira tidak mahu tanya tapi terpaksa.

“di sini ada tak sedikit roti. Saya nak makan tapi duit tak bawa.” Kata Mazira sedikit malu. Ana tersenyum.

“ada. Tunggu kejap. Tapi janganlah malu-malu dengan kami di sini. Awak pun bagaikan kawan kami.”

“saya yang patut ucapkan terima kasih. Kalau bukan akak Fira yang bawa saya ke sini, mungkin saya sudah pengsan di luar tadi.” Jelas Mazira.

“kalau Zira nak tahu. Akak Fira ni memang suka tolong orang. Akak Fira memang baik orangnya. Sebab itu kami semua di sini senang bekerja dengannya. Saya juga sudah anggapnya seperti akak kandung sendiri.” luah Ana.

“haih… rancak berbual.” Muncul akak Fira sambil membawa baju kurung.

“tak adalah akak. Ana minta diri dulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Roti yang Zira minta tu nanti Ana ambilkan.” Ana minta diri lalu berlalu dari situ.

“Zira janganlah segan-segan dengan akak. Kalau boleh akak nak tahu. Apa masalah Zira sebenarnya. Tapi tidak mengapa kalau Zira masih perlukan masa untuk luahkan.” Kata akak Fira.

Mazira tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum tawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience