BAB 4

Romance Completed 15049

Sudah dua hari Mazira tidak sedarkan diri. Ini bermakna sudah tiga hari Mazira tidak pulang ke rumah.

“kesian akak tengok dia.” Luah akak Fira ketika melawat Mazira bersama Faizul.

“akak tahu di mana rumahnya?”tanya Faizul.

“tak.” Hanya itu saja mampu akak fira luahkan. Faizul semakin tertarik ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Dia ingin menceriakan kembali Mazira.

“ibu… janganlah tinggalkan Zira. Ibu…” mazira memanggil-manggil ibunya.

“Faizul. Panggil doktor.” Arah akak Fira apabila melihat keadaan Mazira.
Selepas itu, Faizul dan doktor pun masuk.

“encik dan puan tolong keluar dulu. Kami ingin membuat rawatan lanjut.” Arah doktor. Mereka berdua menurut.

“ibu dia di mana akak?” tanya Faizul ketika berada di luar.

“ibunya sudah meninggal.” ucap akak Fira lemah. Faizul berasa kasihan dengan Mazira.

“bagaimana dengan keadaannya doktor?” tanya akak Fira setelah doktor keluar.

“alhamdulillah. Keadaan dia bertambah stabil. Sekarang dia sudah sedar. Tadi dia Cuma bermimpi. Mungkin dia ingin sekali berjumpa dengan ibunya. Kalau boleh bawalah ibunya datang.”

Mereka terkedu. Bagaimana ingin membawa ibunya berjumpa dengan Mazira sedangkan ibunya sudah meninggal.

“baiklah doktor. Terima kasih atas pesanan itu. Boleh kami masuk?” tanya akak Fira. Doktor hanya mengangguk.

“Mazira…” seru akak fira. Mazira yang baru sedar itu menoleh ke arah akak Fira dengan Faizul. Sejurus selepas dia nampak Faizul amarahnya naik kembali.

“akak. Kenapa orang tu berada di sini.” Kata Zira.

“ya Allah Zira. Sabar. Jangan nanti kamu pengsan semula.”
Akak Fira cuba menenangkannya.

“saya Faizul. Saya bukan orang yang awak sebut tu.” Terang Faizul lalu menapak ke katil Mazira.

“berhenti. Jangan datang dekat. Kalau tidak saya telefon polis.” Ugut Zira.

“telefonlah. Lagipun saya tak salah.” Balas Faizul.

“Faizul.” Tegur akak Fira.

“akak. Kita kena sedarkan dia. Dia salah orang. Mana boleh dia sesedap hati saja menuduh orang yang tidak bersalah.” Kata Faizul dalam nada tegas.

“Zira. Dia ni Faizul. Adik kandung akak. Percayalah.” Akak Fira melihat Mazira yang berdiam diri itu lantas memeluknya.

“akak… maafkan Zira. Zira terlalu benci akan lelaki itu.” Luah Zira dalam tangisan.

“Fiman?” tanya Faizul. Mazira mengangguk. Dia meleraikan pelukan lalu menyeka air matanya.

“sebenarnya dia dulu adalah teman lelaki saya. Tapi sekarang tidak lagi. Dia memang tidak boleh dipercayai. Dia hanya gunakan saya semata-mata demi duit. Saya terlalu percayakan ayat-ayat manis dan perasaan pura-puranya itu. Betapa bodohnya saya.” Jelas Zira.

“semua akan melakukan kesilapan Zira. Tiada manusia yang sempurna.” Akak Fira membalas.

“ saya tahu. Saya sekarang sudah menyesal. Maafkan saya Faizul kerana menyangka awak Fiman. Muka awak iras sekali dengan Fiman. Tapi awak jauh berbeza dengannya.” Sambung Zira sambil menatap muka Faizul.

“tak apa. Saya tidak kisah.” Balas Faizul sambil tersenyum.

Tiba-tiba Mazira berasa senang dengan Faizul. Perasaan yang datang itu tidak dapat digambarkan.

Bagaikan pengubat hatinya yang lara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience