Bab 7 - Perkara yang Jangan

Humor Series 4729

Bab 7
Perkara Yang Jangan Dilakukan Tatkala Menegur Gadis

(Pendahuluan)

Setelah membayar harga makanan bagi sepinggan mee hon lazat berserta air suam, aku pun duduk di salah satu meja yang ada duduknya rakan khorib aku itu. Kenapa makan dekat sini? Harganya nak kata murah sangat pun takde la. Tapi, ini la yang paling dekat dengan kelas aku. Jadi, lebih mudah dan cepat untuk aku kembali semula ke kelas bagi meneruskan pengajian aku. Baikkan aku?

Ok, aku mengaku ada sedikit kekhilafan dari statement aku sebentar tadi. Aku dan rakah khorib aku suka makan dekat sini sebab dekat sini ramai awek lalu lalang. I mean, awek yang comel dia tahap model.

Aku tak tahu la apsal tapi aku tengok dekat course engineering ni, bukan main bersepah-sepah lagi awek comel. Oh, my. dunia sekarang makin berubah. Dulu aku rasa course ni hanya dimonopoli oleh lelaki-lelaki kacak dan macho sahaja. Namun sekarang, awek cun pun sudah mula pandai hendak menguasai course ni. Tahniah awek comel! Aku mula menyesal sedikit demi sedikit kerana tidak join course ni suatu ketika dahulu saat aku ditawarkan.

Then, sedang aku makan sambil usha-usha gadis, member aku pun bukak cerita;

“Pergghh, geram sehh tengok awek-awek dekat sini,”

“Aku ok jer. Aku rasa awek aku lagi comel,” ujar aku yakin.

“Fuck you la. Kau untung la. Dah ada awek. Ni, ni, aku ni. Tiada awek. None. Zero,”

“Loser. Scumbag. Penakut!”

“Tak payah la nak tambah lagi!”

“Hahaha. Aku ingat tadi kau malu nak mengaku semua tu,”

“Kau agak-agak kalau aku tegur diorang ni, aku boleh tackle diorang tak?”

Yes, a total stranger bagi gadis itu. Adakah dia mampu untuk berjaya menarik perhatian hati si gadis? Hal itu membuat aku terfikir apa sebenarnya yang boleh menyebabkan gadis ini tertarik dengan lelaki yang mereka lansung tak kenal.

Sebenarnya, apa yang memikat hati gadis masih lagi menjadi sebuah misteri. Tapi, apa yang membuatkan gadis turn off, ha yang tu kita boleh berjaya dapat tahu. Mari aku listkan apa dia yang akan menyebabkan peratusan anda untuk memikat hati gadis berkurang ke tahap paling bangkrap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience