Bab 2 - Cara Membezakan Antara Suka Dan Cinta

Humor Series 4729

Bab 2
Cara Membezakan Antara Suka Dan Cinta

(Kisah Cinta Contoh: Bahagian: 2)

Pada satu hari yang nyaman.

Nur Lavienda keluar untuk berjalan-jalan ke KL. Mulanya dia nak ajak Kheirul Rizal Shah, tapi mak dia tak bagi keluar selagi tak siapkan kerja rumah. Nur Lavienda faham.

Sedang dalam LRT, tiba-tiba dia terpandang seorang jejaka yang baginya manusia paling kacak dalam LRT ketika itu. Dia jadi tak keruan. Dia nak tegur. Dia rasa nak cakap hai. Time tu dalam hatinya “Ha? Kheirul Rizal Shah? Siapa tu?”. Plus, fikir si Nur Lavienda dalam kepalanya, aku pun cantik, vogue and gorgeous too. Maka, haruslah aku ini menegur lelaki yang kacak kan?

Lantas, dia pun mengetahui bahawa nama si jejaka tersebut adalah Ali. Ha? Oh, sorry, sorry. My mistake. His name is Syafique Rezalman. Dan dia berjaya dapat satu date pada hari esok di Times Square. Bukan main suka.

Perhubungan itu dirahsiakan dari pengetahuan Kheirul Rizal Shah. Biarlah macam ni. Di sekolah, Kheirul Rizal Shah dan di luar Syafique Rezalman. Dia bahagia begitu.

*******

Sampai saatnya, dia rasakan yang Kheirul Rizal Shah ni hanya penyemak dalam hidupnya. Serabut. Tambah pulak lagi si Kheirul Rizal Shah asyik tanya macam-macam sebab hampir setiap petang nak berjumpa tak boleh. Keluar entah ke mana. Nur Lavienda rasakan Kheirul Rizal Shah tak best. Tak cinta. Tak suka. Menyampah. Tak adventure. Time tu lah rasa Kheirul Rizal Shah ni mat bosan. Mat skema. Mat bajet. Mat hodoh muka beruk dan sebagainya. Plus lagi time tu Syafique Rezalman la The best. Syafique Rezalman la World. Syafique Rezalman la yang awesome nak mampus. Nur Lavienda nekad.

Dengan sekali lafaz, mereka berpisah dengan deraian air mata dari Kheirul Rizal Shah. Nur Lavienda? Pergi nerakalah nak nangis-nangis ni. Plus, kita pun memang tak pernahnya sepadan, ujar Nur Lavienda di dalam hati.

“I nak clash! Jangan ganggu i lagi!” kelihatan lafaz itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga Kheirul Rizal Shah.

Dia kini duduk di sudut dinding stor sukan sambil menangis dan mengatakan dirinya ditipu oleh gadis yang paling bidadari. Tak lupa juga dia mula menyalahkan semua orang yang dirasakan menyebabkan dia jatuh cinta termasuklah maknya yang benarkan dia keluar dating, adiknya sebab curi pensel dia, guard sekolah sebab tahan dia masuk lambat, cikgu Rokiah sebab taknak dengar alasan dia tak siapkan kerja sekolah, ketua kampung, Polis Bersih, pemimpin pembangkang, Menteri Pendidikan Negara dan Christiano Ronaldo.

Di sudut lain pula, Nur Lavienda yakin bahawa dia sayangkan “Cinta hati” barunya itu sampai bila-bila. Hari esoknya, dia luahkan perasaan “cinta”nya pada Syafique Rezalman. Syafique Rezalman senyum sambil berkata,

“Akhirnya terluah jugak apa yang terbuku di hati. Saya juga cintakan awak,”.

Kalau ini cerita Korea, sekarang ni ada kelopak-kelopak bunga tengah terbang di background dan berkumandang lagu-lagu Korea yang menyenangkan telinga andai cerita Korea itu kau layan. Dan kalau cerita orang putih, kiss scene like always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience