Bab 5 - Cara Membezakan Antara Suka Dan Cinta

Humor Series 4729

Bab 5
Cara Membezakan Antara Suka Dan Cinta

(Suka Dan Cinta: Pengertian)

Baiklah.

Sebagai contoh mudah, kita gunakan dua perkataan yang maha dashyat lagi mengelirukan hati dan perasaan ini kepada benda yang tidak bernyawa. Nasi misalnya.

Saya suka makan nasi. Biasa dengar. Maksud dia, suka makan nasi. Kalau ada atas meja adalah nasi, mee hoon dan anak gadis dara lagi mengiurkan, dia akan makan nasi sambil usha-usha manja dengan anak gadis dara dan akan kenyit mata tanda bagi hint. Sebab apa? Sebab dia suka makan nasi. Kalau atas meja takde nasi? Oh, mee hoon should be great jugak sambil makan mee hoon dan melupakan sebentar keinginan untuk makan nasi.

How about,

Saya cintakan nasi. Weirdo. Maksud aku, punya perasaan yang amat mendalam tentang nasi. Segala benda fakta tentang nasi, berapa scala ritcher untuk sesebuah nasi itu terhasil, berapa titik air yang diperlukan untuk menghasilkan sebutir nasi dan dua butir nasi. Semua benda itu dia akan tahu dan akan ambil tahu. Tanpa nasi depan mata, dia angau sampai termimpi-mimpi. Dalam dompet ada gambar seketul nasi bersaiz passport. Kalau ada atas meja adalah nasi, mee hoon dan anak gadis dara lagi mengiurkan, dia akan bersenggama dengan nasi dan menampar anak gadis dara sebab bikin semak atas meja dah kenapa. Sebab apa? Dia sudah jatuh cinta dengan nasi. Kalau atas meja takde nasi? Saya takkan makan sampai bila-bila.

Inginlah saya menyatakan disini bahawa ada certain situasi orang yang dia suka nasi, kalau takde nasi dan dia tidak makan. Itu bukan cinta. Itu adalah selera.

Faham?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience