Bab 4 - Cara Membezakan Antara Suka Dan Cinta

Humor Series 4729

Bab 4
Cara Membezakan Antara Suka Dan Cinta

(Suka dan Cinta: Penerangan)

Well you see, bagi aku Nur Lavienda hadapi some kind of conflict dengan dirinya. Bagi aku dia keliru sama ada dia betul-betul “cinta” dengan dengan semua lelaki itu ataupun sebenarnya hanya sekadar suka dengan mereka. Habis tu, siapa sebenarnya Kheirul Rizal Shah, Syafique Rezalman dan Muhammad Hafizie Ramadhan ni sebenarnya di hati Nur Lavienda? Oh serabutnya konflik dalam kehidupan seorang budak sekolah.

Ok first, let me try to classify apa itu Suka, dan apa itu Cinta.

Bagi aku ramai yang terkeliru antara dua benda ini.

Yang pertama, suka.

Suka ni bagi aku tendency kau untuk minat akan sesuatu benda. Keinginan ataupun kemahuan tapi semuanya hanya melibatkan emosi dasar dan tidak lansung melibatkan emosi yang dalam. Emosi dasar di sini di maksudkan sebagai ianya sekadar memberikan suatu perasaan yang sekadar luaran semata untuk satu jangka masa pendek dan bukan untuk jangka masa panjang. Lagi satu, suka ini juga bagi aku hanya sekadar keinginan yang sebentar dan boleh jadi berkali-kali.

Yang kedua, cinta.

Berbanding dengan suka, cinta ni dia datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab di mana bila kita cintakan dia, kita juga perlu menjaga hati orang yang kita cinta kerana sebenarnya secara tidak lansung once kita katakan pada seseorang yang kita cintakan dia, dia secara automatik akan cuba juga belajar untuk mencintai kita. Dan tanpa sedar dia telah pun memberikan hatinya kepada kita untuk dijaga dan di belai manja andai dia menerima cinta kita itu.

Cinta ni bagi aku keinginan yang lama dan berterusan. Sehingga cinta itu sendiri mengambil keputusan untuk pergi. Tu yang kadang-kadang walaupun kita dah berpisah, wujud satu lagi segmen dalam hidup kita yakni move-on. Dan, saat ini lah perjalanan cinta itu mengambil keputusan untuk benar-benar pergi atau stay. Mungkin kita dah memang benar-benar pasti kita tidak lagi sukakan dia. Menyampah. Rasanya kalau nampak depan mata, nak sepak teranjang. Tanpa sedar keinginan untuk sepak teranjang itu adalah saki baki cinta yang hakikatnya kita masih lagi belum selesai melalui frasa move-on yang amat neraka.

Faham idok?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience