Bab 10 - Perkara Yang Jangan...

Humor Series 4729

Bab 10
Perkara Yang Jangan Dilakukan Tatkala Menegur Gadis

(Tiga: Bersiul seolah memangil tikus, berlucah)

Korang bukan nak tackle tikus. Korang nak tackle seorang manusia. Manusia ada bahasa yang mereka faham iaitu bahasa manusia. Jadi, gunakan bahasa manusia yang semua orang faham. Biar semua orang tahu yang korang nak berkenalan dengan dia. Biar semua orang jeles sebab korang get ball untuk tackle dia secara direct. Bukannya dengan menggunakan bahasa tikus.

Kalau nak tackle tikus, pergilah ke lorong-lorong gelap sana.

Dan kemudian, ni satu perangai orang lelaki yang aku tak boleh nak hadam.

Datang-datang dah cerita pasal tetek. Datang-datang dah cerita pasal pinggul. Datang-datang dah cerita pasal tongkat sakti korang yang konon super sangat tu. Kalau dah berani sangat nak open cerita yang macam tu, maka beranilah juga untuk menerima tuangan air paling panas atas kepala (aku maksud air minuman seperti the dan kopi. Korang fikir apa? Nakal). Malas la aku nak ulas panjang walaupun aku amat berminat nak bercerita. Korang pun dah besar panjang. Dah tahu mana baik buruk kan? Karang jadi artikel lucah pulak karang. Yang penting ingat, JANGAN BERLUCAH MASA 1st TIME JUMPA!

Dan juga, mencarut tidak menunjukkan anda seorang lelaki yang sangat cool. Tapi, korang cuma akan nampak macam badboys. Bergantung pada siapa yang korang nak tackle. Aku rasa, wanita yang baik, tak suka lelaki yang kuat SANGAT mencarut. Tapi, perempuan suka badboys. Tapi, tak suka yang mencarut. Tapi, suka badboys. Weird woman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience