Apa Itu Kitab Rahsia

Humor Series 4729

Apa itu Kitab Rahsia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada pembaca yang memilih untuk mula membaca karya ini, tahniah. Anda baru sahaja berjaya memulakan proses untuk membaca sebuah kitab yang terkandungnya ilmu-ilmu yang memang confirm takde dalam mana-mana buku teks sekolah. Bukan itu saja, malah ianya merupakan sebuah ilmu rahsia yang selama ini hanya disampaikan secara mulut ke mulut (bukan kissing) dan bukannya secara bertulis nyata seperti ini. Maka, berbanggalah anda. Riaklah anda. Kerana anda antara manusia bertuah dalam dunia ini yang memiliki kitab yang sangat rahsia ini. Rahsia sebab, jangan bagitau orang lain yang anda ada kitab ni. Sebab confirm-confirm diorang nak pinjam. Celaka betul depa tu. Dah la pinjam, tu esok confirm tak reti nak pulang balik. Tau nak baca free je kerjanya. Beli lah hat sendiri punya.

Tahniah kerana berjaya baca sampai sini walaupun satu perenggan tu aku merapu. Hahaha.

Aku saja je letak tajuk dia kitab rahsia, sebab benda yang ada dalam ni cumalah tips-tips biasa untuk memulakan sebuah perhubungan yang aku pernah tulis dulu di blog lama. Ya, aku berblog dah nak dekat 7 tahun. Dalam tempoh 7 tahun tu, takkanlah takde satu dua tahun yang aku acah-acah pandai dalam hubungan relationship. I mean, kamonlah. Mesti ada kan? Takde? Ok.

Macam ni la. Anggaplah ini sekarang kita sedang duduk berbual santai tentang benda-benda light. Nak ringankan kepala dari benda-benda yang berat.

Jika ada yang nak marah dan maki hamun aku pasal penulisan aku hat ni, jangan. Sebab ni adalah benda yang aku tulis 5 tahun lepas. Aku yang 5 tahun lepas, apa la yang dia tahu.

Selamat membaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience